MALAYSIA

Tangki petrol bocor, laluan selatan Kuala Kangsar-Ipoh ditutup

Sinar Harian 08/03/2023 | 21:45 MYT
Pemberitahuan kemalangan dan kesesakan yang berlaku di laluan lebuh raya arah selatan Kuala Kangsar-Ipoh oleh pihak Plus dan LLM di laman Twitter. - Foto Sinar Harian
IPOH: Pengguna Lebuhraya Utara Selatan dari laluan Changkat Jering menuju arah selatan dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif atau keluar di Plaza Tol Kuala Kangsar berikutan aliran trafik sesak disebabkan kemalangan.

Twitter @Plustrafik dalam ciapannya pada Rabu memaklumkan, terdapat kemalangan membabitkan sebuah lori tangki di Kilometer 265.6.

Nahas berkenaan menyebabkan kedua-dua lorong arah selatan ditutup dan trafik sesak hampir enam kilometer.

Pusingan U di Terowong Menora ke Ipoh juga telah diaktifkan bagi mengawal kesesakan yang berlaku.



An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, sebuah lori tangki membawa muatan petroleum telah terbabas ke bahu jalan dan mengakibatkan berlakunya kebocoran pada dua tangki petrol.

Maklumat Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya memberitahu, operasi dijangka selesai antara jam 3 dan 4 pagi. - Sinar Harian





#laluan Kuala Kangsar-Ipoh #jalan tutup #tangki petrol bocor