Lagu kanak-kanak 'Tanya Sama Pokok' menjadi kurniaan paling istimewa daripada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong kepada kanak-kanak sindrom down Syafirah Hanum Chik di Taman Sri Keramat di sini, hari ini.
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyanyikan lagu itu selepas ibu Syafirah Hanum, Salmah Ali menyembah maklum anaknya amat meminati lagu tersebut.
Salmah, 59 tahun, yang merupakan bekas pembantu tadika mengakui beliau kelu sebaik sahaja Tunku Azizah secara spontan melagukan rangkap pertama lagu itu sebelum mengajak Sultan Abdullah untuk turut sama menyanyikan lagu popular kanak-kanak tersebut.
"Baginda berdua tersenyum apabila melihat Syafirah Hanum memberi reaksi apabila mendengar lagu itu ... saya sendiri berasa sayu dengan apa yang berlaku di depan mata. Ini rezeki anak yang menjemput kedatangan individu paling penting negara.
"Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkali-kali berpesan supaya saya bersabar menjaga anak. Seri Paduka beritahu Syafirah Hanum ialah anak syurga dan akan menarik ibu bapanya ke syurga kelak," katanya kepada pemberita semasa ditemui di rumahnya di sini, hari ini.
Syafirah Hanum, 23 tahun, merupakan seorang daripada tiga pesakit kronik di Taman Sri Keramat yang bertuah menerima kunjungan Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang berkenan mencemar duli ke daerah Maran di sini, hari ini.
Salmah berkata Tunku Azizah juga menyatakan hasrat berkenan mengurniakan buku mewarna kepada anak bongsu daripada lima beradik itu, selepas dimaklumkan Syafirah Hanum gemar melakukan akiviti itu, bagi menghabiskan masa setiap hari.
Katanya, Syafirah Hanum yang kini hanya terlantar di katil akibat sakit sejak 29 Mei 2013 akan meniarap untuk mewarna menyebabkan mereka sekeluarga sering membelikan buku aktiviti itu bagi menggembirakan hati anaknya.
Sementara itu, pesara Mohd Yusof Mohd Idris, 78, mengakui agak sukar untuk percaya apabila ahli jawatankuasa taman perumahan itu memaklumkan Seri Paduka berkenan mencemar duli ke rumahnya untuk menziarah isteri Som@Salmah Omar, 71, yang lumpuh akibat angin ahmar.
Katanya, perkara itu dimaklumkan semalam, dan sejak itu beliau sibuk membuat persiapan bagi memastikan rumahnya 'sesuai untuk menerima kedatangan pembesar', kerana ia merupakan kali pertama mereka menerima kunjungan pemimpin.
"Saya sendiri pun tidak begitu sihat...tapi hilang segala sakit dan penat bila mendengar yang hendak berkunjung ini Agong dan Permaisuri. Tak pernah mimpi pun dapat terima kunjungan baginda berdua.
"Saya terharu apabila Tunku Azizah yang memegang tangan isteri, merasa katil khas yang digunakan isteri seperti tidak berfungsi sepenuhnya, menyebabkan Sultan Abdullah menitahkan supaya pihak kesihatan yang ada di situ untuk terus membuat pemeriksaan," katanya.
Bernama
Fri Aug 16 2019
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
'Saya tinggalkan satu mata dan satu telinga di Johor, jangan terkejut, saya tiba-tiba menjelma' - Agong
Sultan Ibrahim mengingatkan penduduk Johor bahawa Baginda akan senantiasa pulang ke Johor kerana itu adalah kampung Baginda.
Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan.
#AgongKita: Sultan Ibrahim terima menghadap PM Anwar di Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara.
Anwar merafak sembah tahniah Sultan Ibrahim sebagai Agong ke-17
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Latihan ketenteraan bentuk jati diri, kewibawaan Sultan Ibrahim sebagai ketua utama negara
Latihan ketenteraan yang dijalani Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah membentuk jati diri dan kewibawaan tinggi dalam diri Seri Paduka Baginda.
Keberangkatan balik yang dinanti - MB Pahang
Penduduk Pahang sentiasa menghitung hari kepulangan Al-Sultan Abdullah ke bumi Tok Gajah kerana kasihnya Seri Paduka terhadap rakyat tidak dapat disembunyikan.
Yang di-Pertuan Agong sentiasa zahir ucapan terima kasih kepada juruterbang, anak kapal
Kapten Ahmad Najhan Mohd Jamil berkata Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga memiliki keperibadian sama.
Ribuan rakyat Pahang sambut keberangkatan balik Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah
Mereka yang datang dari serata daerah berkumpul di lokasi ditetapkan termasuk Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dibuka khusus kepada orang ramai.
#AgongKita: Demi penuhi hajat cucu, nenek gagahi datang rai kepulangan Al-Sultan Abdullah
#AgongKita: Demi penuhi hajat cucu, nenek gagahi datang rai kepulangan Al-Sultan Abdullah
PM Anwar menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Raja Permaisuri
Menerusi catatan di Facebook, Anwar turut mendoakan Seri Paduka berdua dan paduka-paduka anakanda serta seluruh kerabat diraja diberikan keafiatan.