Tapak barangan kitar semula bersebelahan kilang di Kota Puteri musnah dijilat api

Astro Awani
Februari 5, 2021 15:08 MYT
Sebuah tapak barangan kitar semula bersebelahan sebuah kilang di kawasan perindustrian Kota Puteri di sini musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran pada Jumaat.
RAWANG: Sebuah tapak barangan kitar semula bersebelahan sebuah kilang di kawasan perindustrian Kota Puteri di sini musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran pada Jumaat.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memaklumkan telah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.25 petang.
Seramai dua pegawai dan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya serta Kuala Selangor bergegas ke lokasi kejadian.
Sebaik tiba, api sedang marak di kawasan pengumpulan barangan kitar semula dengan kepulan asap tebal kelihatan di kawasan tersebut.
Namun, api berjaya di kawal setengah jam kemudian.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kebakaran tidak melibatkan struktur bangunan, namun kira-kira 400 kaki persegi kawasan pengumpulan barangan kitar semula musnah.
Menurut pihak bomba, punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
#kebakaran #bomba #siasatan #operasi #tapak kitar semula #pusat gerakan operasi #Kuala Selangor #kilang #Kota Puteri