MALAYSIA
Tapak pelupusan sampah Pulau Burung terbakar lagi
Kebakaran melibatkan kawasan longgokan sampah seluas kira-kira 5,000 meter persegi. - Foto JBPM
NIBONG TEBAL: Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung sekali lagi dilaporkan terbakar pagi tadi, menjadikan insiden terbaharu dalam siri kebakaran yang pernah berlaku di lokasi sama.
Ringkasan AI
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.39 pagi berhubung kejadian tersebut.
“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati kebakaran melibatkan kawasan longgokan sampah seluas kira-kira 5,000 meter persegi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal masih berada di lokasi bagi menjalankan kerja-kerja pemadaman dan mengawal api daripada merebak ke kawasan lain.
“Maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” tambahnya.
Beliau turut mengesahkan bahawa tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian kali ini.
Kebakaran terakhir di tapak pelupusan tersebut berlaku pada 21 Julai tahun lalu, melibatkan kawasan seluas 3,500 meter persegi.
Sebelum itu, pada Januari 2022, kebakaran besar melibatkan lebih 8,000 meter persegi telah menyebabkan kawasan itu diisytiharkan sebagai zon bencana Tahap 1 oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Susulan insiden 2022, dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan penduduk dari Ladang Byram dan Kampung Kebun Baru yang terjejas akibat pencemaran udara.
Ringkasan AI
- Kebakaran pagi ini melibatkan kawasan seluas 5,000 meter persegi, menjadikan insiden terbaharu dalam siri kebakaran berulang di lokasi sama sejak 2022.
- BBP Nibong Tebal masih menjalankan kerja pemadaman dan kawalan api; tiada mangsa dilaporkan setakat ini.
- Kebakaran besar pada Januari 2022 pernah diisytiharkan sebagai bencana Tahap 1, memaksa pemindahan penduduk akibat pencemaran udara.