awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tapak Pelupusan Sampah Tanjung Langsat ditutup sementara

Bernama
Bernama
12/08/2023
20:00 MYT
Tapak Pelupusan Sampah Tanjung Langsat ditutup sementara
MBPG menjelaskan operasi pemadaman akan dijalankan hingga 12 tengah malam setiap hari sehingga selesai sepenuhnya dan disusuli dengan pemantauan. - Gambar Bomba Johor
JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) telah mengeluarkan notis penutupan sementara pengoperasian Tapak Pelupusan Sampah Tanjung Langsat (TPSTL), dekat sini, susulan kebakaran yang berlaku pada Jumaat.
MBPG menerusi kenyataan kepada Bernama berkata, notis penutupan selama dua minggu bermula Jumaat itu, dikeluarkan kepada pihak SWCorp dan pengurusan Seelong Sanitary Landfill.
Menurut MBPG, keluasan keseluruhan kebakaran dianggarkan 3.24 hektar dengan kebakaran bahagian atas sel tapak pelupusan telah dapat dikawal.
"Namun masih terdapat kebakaran di bahagian belakang tebing akibat faktor angin dan operasi pemadaman dilakukan berterusan," menurut pihak berkuasa tempatan itu.
MBPG menjelaskan operasi pemadaman akan dijalankan hingga 12 tengah malam setiap hari sehingga selesai sepenuhnya dan disusuli dengan pemantauan.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang (BBP) Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Sharol Suboh ketika dihubungi berkata operasi pemadaman diteruskan hari ini bersama pihak MBPG. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#MBPG
#penutupan sementara
#operasi pemadaman
#Tapak Pelupusan Sampah Tanjung Langsat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan