awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tapak Taman Rimba Kiara: DAP, jangan terus tipu rakyat - Yayasan WP

Astro Awani
Astro Awani
06/04/2021
05:14 MYT
Tapak Taman Rimba Kiara: DAP, jangan terus tipu rakyat - Yayasan WP
Menurut Zaizalnizam (gambar), rancangan pembangunan di tapak tersebut sememangnya dikhususkan untuk perumahan dengan lot taman rimba lain tidak akan terjejas sama sekali. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Zaizalnizam Zainun menempelak wakil rakyat DAP, Hannah Yeoh yang didakwa terus cuba untuk menipu rakyat dalam isu tapak Taman Rimba Kiara.
Menurut Zaizalnizam, rancangan pembangunan di tapak tersebut sememangnya dikhususkan untuk perumahan dengan lot taman rimba lain tidak akan terjejas sama sekali dengan banyak penambahbaikan dilakukan terutama dalam soal kepadatan penduduk.
"Lot ini telah selama 40 tahun menjadi perumahan untuk komuniti India, lot lain taman rimba itu tidak diusik pun walaupun seinci dan saya berharap Hannah tidak terus menipu rakyat," katanya.
Zaizalnizam berkata demikian dalam kenyataan sebagai balasan catatan Yeoh di akaun Facebook miliknya yang mempersoalkan berita sebuah portal berita mengenai rancangan kerajaan untuk menanam sejuta pokok di kawasan wilayah pada tahun ini.
Hannah dalam catatan Facebooknya itu berkata - "But he wants to develop Taman Rimba Kiara by appealing the court decision in favour of residents?!" yang turut memaparkan keratan berita mengenai hasrat (Menteri Wilayah Persekutuan), Tan Sri Annuar Musa untuk menanam sejuta pokok dalam kawasan Wilayah Persekutuan.
Mengulas lanjut, Zaizalnizam berkata, sekiranya benar projek itu akan menjejaskan alam sekitar, mengapa menteri Pakatan Harapan (PH) sebelum ini tetap meneruskan projek itu.
"Ternyata ini semua hanya mainan politik wakil rakyat DAP kerana ada satu lagi pembangunan di kawasan bersebelahan dan kenapa DAP tidak bising pula mengenainya," katanya lagi.
Justeru, pihaknya memberi jaminan projek ini tidak akan menjejaskan alam sekitar, malah tidak akan menyebabkan kesesakan kepada penduduk Taman Tun Dr Ismail (TTDI) selain menawarkan rumah mampu milik di kawasan tersebut.
Isu Taman Rimba Kiara mendapat perhatian apabila ianya dibawa ke mahkamah dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan pertikaian antara pihak pemaju dengan persatuan penduduk kawasan tersebut.
Namun begitu, pada tahun 2019, bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad dilaporkan berkata, sebenarnya tidak ada isu lagi berkaitan Taman Rimba Kiara seperti yang dibangkitkan Persatuan Penduduk dan Badan Pengurusan TTDI dan beberapa pihak.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#DAP
#Pakatan Harapan
#PH
#Taman Rimba Kiara
#SPRM
#politik
#kerajaan
#rakyat
#menteri
#mahkamah
#Tan Sri Annuar Musa
#Khalid Samad
#India
#Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan