awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kekecohan di Kampung Sungai Baru: Lapan individu akan dituduh - Polis
Pulau Pinang terus jadi tumpuan percutian, tempahan hotel capai 70 hingga 90 peratus
Rapid KL lanjut operasi rel, bas terpilih sempena ambang tahun baharu 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tapir jantan mati dilanggar kenderaan di Kemaman

Bernama
Bernama
26/12/2025
10:46 MYT
Tapir jantan mati dilanggar kenderaan di Kemaman
Empat anggota Perhilitan daerah Kemaman ke lokasi kejadian untuk mengambil bangkai tapir tersebut sebelum dilupuskan. - Bernama
CHUKAI: Seekor tapir jantan ditemui mati dipercayai dilanggar kenderaan di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berdekatan gerai jualan lemang di Kijal di sini hari ini.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Loo Kean Seong berkata tapir seberat 250 kilogram (kg) itu ditemui pengguna jalan raya kira-kira 11.40 pagi.
"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan di mulut, kaki dan badan bangkai hidupan liar itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Dalam pada itu, Loo berkata empat anggota Perhilitan daerah Kemaman ke lokasi kejadian untuk mengambil bangkai tapir tersebut sebelum dilupuskan.
"Sehubungan itu, kita nasihatkan agar pengguna jalan raya sentiasa berhati-hati dan peka dengan kawasan lintasan hidupan liar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tapir dilanggar
#hidupan liar
#Perhilitan
#Jalan Kuala Terengganu-Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan