awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarian Ayam Didik, lagu Negaraku hiasai sambutan Hari Malaysia di Estonia

Bernama
Bernama
16/09/2023
06:17 MYT
Tarian Ayam Didik, lagu Negaraku hiasai sambutan Hari Malaysia di Estonia
Pelajar UniMAP menyanyikan lagu Negaraku sempena sambutan Hari Malaysia, di Ibu negara Estonia, Tallinn. - Gambar/ Bernama
TALLINN (ESTONIA): Mahasiswa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berasa bangga dan teruja, apabila dapat mempersembahkan tarian Ayam Didik, Silat Tari dan menyanyikan lagu Negaraku sempena sambutan Hari Malaysia, di Ibu negara Estonia, Tallinn.
Salah seorang daripada mereka Ang Sian Feng, 23, berkata beliau rasa teruja, dapat menyambut Hari Malaysia di negara Estonia.
"Tidak kira di mana sahaja berada, kita perlu bangga kerana dapat menjadi rakyat Malaysia dalam negara yang berbilang kaum dan agama, serta kaya dengan pelbagai adat dan budaya," katanya yang berasal dari Kota Baharu, Kelantan kepada Bernama di sini hari ini.
Jelajah Ilmu UniMAP ke-17 ke negara Baltik dari 10 hingga 17 Sept, diketuai Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang juga merupakan Canselor UniMAP.
Hadir sama Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Zaliman Sauli.
Ang yang merupakan pelajar tahun akhir kejuruteraan komputer berkata beliau rasa teruja, apabila dapat menyanyikan lagu Negaraku di hadapan masyarakat Eropah.
"Ada antara mereka (orang tempatan) sanggup berhenti melihat persembahan dan bertanyakan tentang apa yang kami nyanyikan.
"Saya jelaskan kepada mereka bahawa kami sedang menyambut Hari Malaysia, yang merupakan hari penting bagi semua rakyat Malaysia," katanya yang merupakan salah seorang peserta tarian Ayam Didik.
Turut berkongsi pengalaman, Duane Regen Anak Broster, 23, berkata beliau rasa seronok dapat menyambut Hari Malaysia di Estonia, kerana secara tidak langsung dapat memperkenalkan Malaysia di luar negara.
"Sebagai anak Borneo sudah pasti saya bangga menyambut Hari Malaysia, kerana ia lambang penyatuan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak," katanya yang berasal dari Kuching, Sarawak.
Estonia merupakan sebuah republik yang mengamalkan demokrasi berparlimen dan mempunyai 15 daerah. Tallinn merupakan ibu negara bagi negara Baltik itu dengan 1.3 juta rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UniMAP
#lagu Negaraku
#estonia
#Hari Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan