awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarian gelek, seksi di Tanah Merah: Penganjur boleh dikompaun, kata Exco

Sinar Harian
Sinar Harian
22/12/2024
23:30 MYT
Tarian gelek, seksi di Tanah Merah: Penganjur boleh dikompaun, kata Exco
Rakaman video yang tular memaparkan wanita sedang memperagakan tarian gelek yang mengundang pelbagai kritikan kerana melanggar peraturan kerajaan Kelantan. - Foto Sinar Harian
TANAH MERAH: Penganjur majlis makan malam yang membenarkan tarian gelek dan seksi oleh seorang wanita di khalayak ramai boleh dikenakan tindakan.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah berkata, ketika ini kerajaan negeri menunggu laporan penuh daripada Majlis Daerah Tanah Merah.
"Penganjur boleh dikompaun kerana tiada permit hiburan (setiap hiburan sama ada terbuka atau tertutup mesti mohon permit).
"Selain itu pemilik premis boleh dikompaun kerana tiada Lesen Tempat Hiburan (bukan premis hiburan)," katanya ketika dihubungi pemberita di sini semalam.
Menurut beliau, penganjuran itu jelas melanggar Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Kawalan Tempat Hiburan 1998 kerana tidak mempunyai lesen.
Ujarnya, jika disabitkan kesalahan mereka yang terlibat boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Hilmi memberitahu, berdasarkan maklumat awal majlis itu telah berlangsung pada 21 Disember lalu.
Beliau difahamkan sebahagian besar tetamu itu adalah pelombong-pelombong dari Tanah Besar China.
"Kesemua mereka ini yang menjalankan kerja lombong sekitar Tanah Merah. Selain itu para pekerja syarikat dan tetamu luar turut hadir," katanya.
Sebelum ini tular rakaman video memaparkan wanita sedang memperagakan tarian gelek serta berpakaian seksi yang mengundang pelbagai kritikan kerana melanggar peraturan kerajaan Kelantan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tarian gelek
#majlis makan malam
#Tanah Merah Kelantan
#Hilmi Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan