awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarif air baharu di Perak diumum Mac depan - MB

Bernama
Bernama
01/02/2024
13:04 MYT
Tarif air baharu di Perak diumum Mac depan - MB
Saarani turut memberi jaminan kenaikan tarif air tidak akan membebankan pengguna. - Gambar fail
IPOH: Pelarasan tarif air baharu untuk pengguna domestik di Perak akan diumum pada Mac depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Beliau berkata pihaknya akan bermesyuarat dengan Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Air Perak (LAP) pada 1 Mac dan dibawa ke mesyuarat exco kerajaan negeri untuk kelulusan.
"Kita akan umumkan selepas keputusan dibuat pada mesyuarat exco berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Pemantapan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.
Saarani turut memberi jaminan kenaikan tarif air tidak akan membebankan pengguna kerana kerajaan negeri dan LAP telah mengambil kira pelbagai aspek mengenai rasional tertentu.
"Sudah tentu ada kenaikan sebab paling akhir kita punya kenaikan kalau tak silap pada 2006. Bermakna kalau kita tidak ambil peluang ini, kita kena tunggu pula kerana (kelulusan air) hanya diberikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Sebelum ini, media melaporkan pelarasan tarif air akan dilaksana di bawah Mekanisme Penetapan Tarif bagi pengguna kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa pada 1 Feb yang menyaksikan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu.
Menurut SPAN, pelarasan itu juga berdasarkan keperluan dan permintaan kerajaan negeri namun Persekutuan melalui suruhanjaya berkenaan akan memantau secara dekat bagi memastikan penambahbaikan perkhidmatan air dilaksana selaras dengan kenaikan tarif.
Berdasarkan semakan di laman rasmi Lembaga Air Perak, tarif air yang dikenakan kepada pengguna domestik di Perak ketika ini ialah RM0.30 bagi penggunaan sifar hingga 10 meter padu (m3), RM0.70 (11-20m3) dan RM1.03 (lebih 20m3).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelarasan tarif air
#Perak
#pengguna domestik
#Saarani Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan