awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarif AS bukan cabaran pertama, ASEAN berdaya tahan dan pragmatik untuk tanganinya - PM Anwar

Bernama
Bernama
08/04/2025
06:20 MYT
Tarif AS bukan cabaran pertama, ASEAN berdaya tahan dan pragmatik untuk tanganinya - PM Anwar
Anwar (foto) berkata, secara bersama, ASEAN mempunyai keupayaan untuk menangani langkah Washington mengenakan tarif membebankan yang menyebabkan pasaran global merosot. -Bernama
KUALA LUMPUR: Kekuatan ASEAN bukan terletak pada situasi yang menarik perhatian ramai tetapi pada daya tahannya yang telah terbukti dalam mendepani peperangan, krisis dan rampasan kuasa selama hampir enam dekad sejak penubuhannya pada 1967.

Ringkasan AI
  • Kekuatan ASEAN terletak pada daya tahannya dalam menghadapi peperangan, krisis, dan rampasan kuasa sejak penubuhannya pada 1967.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan ASEAN mampu menangani tarif membebankan dari Washington yang menjejaskan pasaran global.
  • ASEAN berkembang secara berperingkat dan bukan melalui revolusi, dan jika terus bertekad untuk kekal terbuka, pragmatik, dan bersatu, ia membuktikan dunia berfungsi lebih baik dengan kerjasama.

Sehubungan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata secara bersama, ASEAN mempunyai keupayaan untuk menangani langkah Washington mengenakan tarif membebankan yang menyebabkan pasaran global merosot.
Menyuntik keyakinan itu, beliau berkata ASEAN, yang kini di bawah kepengerusian Malaysia, sentiasa bergerak ke hadapan, walaupun adakalanya dianggap perlahan namun terus maju.
Anwar turut menegaskan ASEAN berkembang secara berperingkat dan bukan melalui revolusi.
Oleh itu, tarif yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bukan cabaran pertama kepada multilateralisme atau pun yang terakhir tetapi jika ASEAN terus bertekad - untuk kekal terbuka, pragmatik dan bersatu - ia menjadi bukti bahawa dunia mampu berfungsi lebih baik apabila bekerjasama, kata beliau pada Persidangan Pelaburan ASEAN di sini hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#ASEAN
#tarif AS
#Donald Trump
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan