SHAH ALAM: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengingatkan Kerajaan Perpaduan agar tidak berdendam dengan golongan berpendapatan tinggi atau T20.
Menurutnya, keputusan untuk tidak lagi memberikan subsidi elektrik kepada golongan itu hanya mendatangkan masalah yang lebih kepada rakyat.
"Kita jangan berdendam dengan kumpulan ini, (kerana) mereka juga penyumbang kepada ekonomi. Merekalah yang akan mencipta peluang pekerjaan kepada pekerja.
"Kita kena faham, ini teori asas ekonomi. (Sepatutnya kerajaan kena) anggap kumpulan ini (T20) penting.
"Jangan kita mengenakan kenaikan (tarik subsidi elektrik) secara mendadak, apabila mereka sesak nafas orang lain akan terkesan khususnya pekerja," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan golongan T20 tidak akan lagi menerima sebarang subsidi sama ada untuk penggunaan elektrik mahupun untuk menunaikan haji di Makkah.
Jelasnya, sistem penyelarasan data iaitu Pangkalan Data Utama (PADU) yang dijangka siap menjelang hujung tahun ini akan menyelaras penilaian agihan subsidi kepada golongan yang sepatutnya layak.
Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, tindakan kerajaan menghukum golongan itu hanya mendatangkan kesengsaraan kepada rakyat memandangkan rata-rata majikan terdiri daripada kumpulan T20.
Katanya, tidak mustahil disebabkan ketiadaan subsidi berkenaan majikan akan membuat pilihan untuk memberhentikan pekerja atau menaikkan harga produk mereka.
"Kalau pekerja telah dipecat, siapa yang menanggung kesengsaraan, siapa hendak bela? Ini hanya akan menyebabkan masalah berlarutan.
"Sebab itu saya kata, dalam kes ini, tanyalah pihak industri. Tengoklah mereka yang meniaga kecil. Apa kesan (apabila ketiadaan subsidi elektrik)," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 02 2023
Wee Ka Siong mengingatkan Kerajaan Perpaduan agar tidak berdendam dengan golongan berpendapatan tinggi atau T20 kerana mereka juga penyumbang kepada ekonomi yang akan mencipta peluang pekerjaan kepada pekerja. - Gambar fail BERNAMA
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tarif elektrik: Jangan berdendam dengan T20 - Ka Siong
Jangan berdendam dengan T20 kerana mereka juga penyumbang kepada ekonomi yang akan mencipta peluang pekerjaan kepada pekerja.