KUALA LUMPUR: Kos pelarasan tarif elektrik melalui Mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) bagi tempoh Julai hingga Disember 2022 dianggarkan mencecah hampir RM20 bilion.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata jumlah itu adalah tiga kali ganda daripada kos RM7 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.
"Bayangkanlah dengan RM7 bilion sepatutnya kadar surcaj 11.81 sen/kWj (yang sepatutnya dilepaskan kepada semua pengguna). Kalau dah hampir RM20 bilion kita amat bimbang perkara ini dan kerajaan amat berhati-hati
"Atas dasar ini juga kerajaan sedang mengkaji langkah perlu diambil antaranya subsidi yang diberikan kerajaan di masa depan adalah bersasar," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff yang ingin tahu langkah diambil kerajaan dalam berdepan krisis tenaga global.
Menjawab soalan asal Wan Martina mengenai langkah kerajaan mengekang kenaikan tarif elektrik, Takiyuddin berkata antara usaha diambil termasuk mengutamakan bahan api paling murah untuk penjanaan elektrik.
Selain itu, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli juga menyediakan Pelan Pembangunan Penjanaan jangka masa panjang yang menetapkan hala tuju bagi perancangan pembekalan elektrik negara antaranya adalah dengan meningkatkan campuran tenaga boleh baharu kepada 31 peratus pada 2025 dan 40 peratus pada 2035 sebagaimana sasaran ditetapkan di bawah Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia (MyRER).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 16 2022
Takiyuddin berkata, jumlah itu adalah tiga kali ganda daripada kos RM7 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini. - Jabatan Penerangan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tarif elektrik antara terendah di Asia Tenggara tarik pelabur asing ke Malaysia
Kadar tarif elektrik yang kompetitif dan antara terendah di Asia Tenggara antara tarikan buat pelabur asing masuk ke Malaysia.
Tiada kenaikan tarif elektrik untuk semua pengguna sehingga hujung tahun - Petra
Kerajaan memutuskan tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung Malaysia untuk tempoh Julai hingga Disember tahun ini.
SESB tidak punya kuasa naik, luluskan tarif elektrik di Sabah - Pengerusi
Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau hari ini berkata syarikat itu tidak mempunyai kuasa untuk menaik atau meluluskan tarif elektrik di negeri itu.
Peniaga kecil lega tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik
Pelarasan tarif elektrik di Semenanjung mulai tahun depan tidak menjejaskan peniaga kecil dan hanya melibatkan pengguna bekalan tinggi.
Pantau penggunaan elektrik, elak membazir
Penjimatan dengan pengurangan jam penggunaan antara cara paling mudah bagi pengurangan bil elektrik namun memerlukan komitmen pengguna.
Pelaksanaan ICPT terkini neutral ke atas TNB
Keputusan dibuat berikutan harga bahan api yang tinggi digunakan untuk bekalan elektrik dari 1 Julai hingga 31 Dis 2023.
Pelarasan tarif elektrik: 85 peratus pengguna tidak terjejas - Suruhanjaya Tenaga
Suruhanjaya Tenaga dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, sejumlah 99 peratus atau 8.2 juta pengguna domestik masih menerima subsidi daripada kerajaan.
Belanjawan 2024: Semak semula tarif elektrik bagi penghuni strata - MIPFM
MIPFM berharap kerajaan akan menyemak semula tarif elektrik bagi penghuni strata, terutamanya pangsapuri berservis yang hanya dikhususkan untuk kegunaan kediaman.
Kerajaan masih tanggung RM10.8 bilion subsidi elektrik
Kerajaan masih menanggung jumlah subsidi elektrik sebanyak RM10.8 bilion berbanding jumlah asal RM14.9 bilion.
Thailand kecualikan visa pengembara China, Kazakhstan untuk lima bulan
Thailand akan mengecualikan keperluan visa bagi pengembara dari China dan Kazakhstan untuk tempoh lima bulan mulai 25 September hingga akhir Februari, dalam usaha meningkatkan kedatangan pelancong.