MALAYSIA
Tarif ke atas produk Malaysia akan bebankan pengimport minyak sawit di AS - Johari

Johari berkata Malaysia mengeksport produk berasaskan minyak sawit seperti oleokimia ke AS, selain komoditi utama lain termasuk sarung tangan getah, kayu-kayan, perabut dan koko. - Gambar fail
PETALING JAYA: Tindakan Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan tarif lebih tinggi sebanyak 25 peratus ke atas Malaysia akan menyebabkan pengimport minyak sawit Washington menanggung kos tambahan itu.
Ringkasan AI
- Malaysia berdepan tarif 25 peratus oleh Amerika Syarikat ke atas eksport seperti oleokimia, sarung tangan getah, kayu-kayan dan koko, yang dijangka meningkatkan kos kepada pengimport AS.
- Menteri Perladangan dan Komoditi menjelaskan bahawa tiada alternatif setara bagi produk minyak sawit Malaysia di AS, menjadikan pengguna AS yang menanggung kesan tarif tersebut.
- Isu tarif akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, dengan penekanan kepada penyesuaian dasar secara cekap memandangkan Malaysia bukan satu-satunya negara yang terlibat.
"Bagi minyak sawit, secara asasnya tiada alternatif lain di AS kerana kacang soya tidak boleh diubah kepada oleokimia sepertimana produk kita.
"Kalau dia kenakan tarif 25 peratus itu ke atas kita, realitinya rakyat AS yang membayarnya," katanya kepada media selepas menghadiri sesi dialog kunjungan Jaringan Perdagangan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) di sini, hari ini.
Mengulas selanjutnya, Johari berkata pihak Jemaah Menteri akan membincangkan isu serta perkara berkaitan tarif berkenaan pada Rabu (esok).
"Kita juga bukanlah satu-satunya negara yang dikenakan tarif itu dan perlu melakukan penyesuaian serta menanganinya dengan cekap," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami