MALAYSIA
Tarif: Perintah eksekutif Trump ada kesilapan, AS akan keluarkan dokumen perjanjian dengan Jepun, Korea

AS masih gagal melaksanakan perjanjian perdagangan dengan Jepun susulan tarif oleh Presiden Donald Trump yang berkuat kuasa pada 7 Ogos di bawah skim levi "timbal balik". - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) merancang mengeluarkan dokumen rasmi berkaitan perjanjian perdagangan terbaharu dengan Jepun dan Korea Selatan dalam beberapa minggu akan datang, lapor agensi berita Kyodo memetik Setiausaha Perdagangan Howard Lutnick pada Selasa.
Ringkasan AI
- Kerajaan AS akan mengeluarkan dokumen rasmi berkaitan perjanjian perdagangan baharu dengan Jepun dan Korea Selatan dalam beberapa minggu, selepas isu tarif yang dikenakan oleh Presiden Donald Trump pada 7 Ogos.
- Perintah eksekutif mengenai tarif didapati tidak selaras dengan perjanjian 22 Julai, menyebabkan Jepun belum menerima pengecualian tambahan terhadap tarif bertindih sebanyak 15 peratus.
- Sebagai balasan kepada pelaburan Jepun sebanyak AS$550 bilion di AS, kadar tarif diturunkan kepada 15 peratus, dengan pelaburan tertumpu kepada sektor strategik seperti semikonduktor dan farmaseutikal.
Disebabkan isu itu, import dari Jepun masih belum menerima pengecualian tambahan terhadap tarif bertindih pada kadar 15 peratus.
Berdasarkan perjanjian itu, barangan Jepun yang sedia ada dikenakan tarif 15 peratus atau lebih sepatutnya dikecualikan daripada duti tambahan, manakala cukai ke atas barangan lain dihadkan pada kadar 15 peratus.
Pentadbiran Trump sebelum ini mengesahkan Jepun akan menerima pengecualian yang sama seperti Kesatuan Eropah (EU), yang menandatangani perjanjian serupa beberapa hari selepas Tokyo, tetapi tidak menyatakan bila ia akan dilaksanakan.
Sebagai pertukaran kepada janji Jepun untuk melabur di AS, kadar tarif diturunkan kepada 15 peratus daripada 24 peratus yang ditetapkan Trump pada April lalu.
Pasukan Trump berkata Jepun akan melabur sebanyak US$550 bilion di AS di bawah arahan presiden, dengan tumpuan kepada sektor yang berkaitan keselamatan negara dan persaingan dengan China, termasuk semikonduktor dan farmaseutikal.
Pegawai Jepun menjelaskan angka itu merangkumi gabungan pelaburan, pinjaman dan jaminan yang melibatkan institusi disokong kerajaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami