MALAYSIA
Tarif semikonduktor, perdagangan akan dibincangkan semasa lawatan Trump - Kagan
Kagan berkata tarif semikonduktor, perdagangan, pelaburan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini antara yang dijangka dibincangkan semasa lawatan Trump. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Tarif semikonduktor, perdagangan, pelaburan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini adalah topik yang dijangka dibincangkan semasa lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, kata Duta Besar AS ke Malaysia Edgard D. Kagan.
Ringkasan AI
Beliau berkata contohnya dari segi semikonduktor, Malaysia ialah rakan yang sangat penting bagi AS justeru terdapat pelaburan besar oleh kalangan syarikat AS dalam sektor itu, terutama yang menumpukan kepada rantaian bekalan barat.
"Saya boleh mengatakan wujudnya pengiktirafan terhadap peranan penting yang dilakukan oleh Malaysia. Jadi, tarif adalah antara topik yang akan dibincangkan semasa lawatan Trump," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Bernama di luar Dialog Digital AS-Malaysia di sini, hari ini.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Topik utama lawatan Presiden Donald Trump ke Malaysia dijangka meliputi tarif semikonduktor, perdagangan, pelaburan, keselamatan dan kestabilan serantau.
- Malaysia dianggap rakan penting dalam sektor semikonduktor, dengan pelaburan besar oleh syarikat AS yang menumpukan kepada rantaian bekalan barat.
- Tarif akan menjadi antara isu yang dibincangkan, sebagai pengiktirafan terhadap peranan strategik Malaysia dalam ekonomi dan teknologi global.