NATIONAL
Tarif timbal balas AS boleh jejas hubungan dagang Malaysia-China - PM Anwar

Anwar beramah mesra bersama tetamu sebelum meninggalkan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Pantai Irama hari ini. -- fotoBERNAMA
BACHOK: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan tarif import timbal balas oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas beberapa negara termasuk Malaysia boleh menjejaskan hubungan perdagangan dan pelaburan negara dengan China.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa tarif import tinggi oleh AS boleh menjejaskan hubungan perdagangan dan pelaburan Malaysia dengan China.
- Malaysia terdedah kepada ketidaktentuan dalam dasar perdagangan global, walaupun dikecualikan sementara dari tarif tinggi oleh AS.
- Presiden AS Donald Trump mengumumkan tarif asas sebanyak 10% kepada semua negara dan duti lebih tinggi sebanyak 24% kepada beberapa negara termasuk Malaysia.
"Apabila tarif tinggi dikenakan kepada China, ia secara tidak langsung turut menjejaskan hubungan perdagangan dan pelaburan kita dengan negara tersebut," kata Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Pantai Irama di sini hari ini.
Menurut beliau, sebagai sebuah negara perdagangan dan pengeksport, Malaysia amat terdedah kepada sebarang ketidaktentuan dalam dasar perdagangan global.
"Kita ini merupakan negara eksport dan dagang. Apabila AS menetapkan tarif tinggi terhadap China, sudah tentu kita juga akan terkesan.
"Mujurlah AS menangguhkan pelaksanaan tarif tersebut terhadap beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia buat sementara waktu. Namun, China tetap dikenakan tarif itu," katanya.
Presiden AS Donald Trump pada 2 April lepas mengumumkan negara itu akan memperkenalkan tarif asas sebanyak 10 peratus kepada semua negara dan duti yang lebih tinggi melibatkan beberapa negara termasuk Malaysia sebanyak 24 peratus.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami