NATIONAL
Tarif Trump: 'ASEAN tidak bertindak balas, lebih cenderung dialog dan dekati blok ekonomi lain'
Tengku Zafrul (tengah) berkata, AECC lebih cenderung untuk menerusikan dialog konstruktif dengan Amerika Syarikat, di samping terus menegakkan prinsip multilateralisme. -Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AECC) ke-27 yang berlangsung di ibu negara pada Ahad tidak berhasrat untuk memperkenalkan sebarang polisi tindak balas yang agresif terhadap pelaksanaan tarif Donald Trump terhadap rantau ini.
Ringkasan AI
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, majlis tersebut lebih cenderung untuk meneruskan dialog konstruktif dengan Amerika Syarikat, di samping terus menegakkan prinsip multilateralisme, dan perdagangan terbuka.
Tambahnya lagi, ASEAN juga akan terus mendekati rakan-rakan dialog sedia ada, selain meningkatkan hubungan dengan blok ekonomi lain seperti Kesatuan Eropah (EU), BRICS, Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), selain memperkukuh Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).
“Idea keseluruhan ialah ASEAN dan GCC, sebab itu kita akan adakan persidangan kemuncak ASEAN dan GCC, tambah China dan sebagainya.
"Dan banyak negara ASEAN berminat untuk sertai BRICS, seperti mana Indonesia sudah menjadi anggota tetap.
“Tujuannya, kami percaya bahawa amalan berasaskan peraturan, terutamanya tentang perdagangan terbuka, akan membawa masuk pertumbuhan dalam pelaburan perdagangan, dan akan menghasilkan kemakmuran dan kestabilan,” katanya lagi.
Tengku Zafrul berkata, sudah tentu setiap negara mempunyai kedaulatannya tersendiri, dan anggota ASEAN akan saling menyokong antara satu sama lain, terutamanya dalam meningkatkan hubungan bilateral.
Pada 2 April lepas, Trump telah mengenakan tarif terhadap negara-negara ASEAN dengan kadar antara 10 hingga 49 peratus, namun ditangguhkan selama 90 hari.
Susulan itu, Tengku Zafrul bersama delegasi Malaysia telah mengambil langkah untuk bertemu dengan perwakilan perdagangan AS di Washington untuk tujuan rundingan.
Dalam pada itu, beliau berkata, status Pelan Induk Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2025, yang kini berada dalam tahun terakhir pelaksanaannya.
Setakat April 2025, tambahnya lagi, kadar pelaksanaan keseluruhan telah mencapai 97 peratus, yang terdiri daripada 75 peratus langkah yang telah diselesaikan dan 22 peratus yang sedang dilaksanakan.
Pelan Induk AEC 2025 telah memainkan peranan penting dalam membentuk struktur ekonomi ASEAN sepanjang dekad yang lalu.
Ia telah berfungsi sebagai pelan strategik untuk membina ekonomi ASEAN yang sangat bersepadu dan padu, mempromosikan pertumbuhan yang inklusif dan dipacu inovasi, serta memperkukuh keterhubungan dan daya saing serantau.
“Melalui pelan ini, ASEAN telah mencapai kemajuan ketara dalam bidang seperti liberalisasi perdagangan, pemudahan pelaburan, pembangunan PKS, transformasi digital, dan inisiatif ekonomi mampan,” katanya lagi.
Kadar pelaksanaan sebanyak 97 peratus, yang beliau sifatkan sebagai mengagumkan itu, bukan sahaja menunjukkan komitmen kolektif ASEAN terhadap integrasi ekonomi, malah mengukuhkan keupayaan rantau ini untuk bertindak balas terhadap ketidaktentuan global secara tenang, teratur dan berstrategi.
Pengalaman dan kemajuan utama di bawah Pelan Induk AEC 2025, jelasnya lagi, akan menjadi asas kukuh bagi pembangunan Pelan Strategik AEC 2026–2030, yang akan merangka fasa seterusnya pertumbuhan dan transformasi ekonomi rantau ini.
Ringkasan AI
- Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AECC) ke-27 tidak bercadang mengambil tindakan agresif terhadap tarif dikenakan oleh Donald Trump, sebaliknya memilih pendekatan dialog konstruktif dan mengekalkan prinsip perdagangan terbuka serta multilateralisme.
- ASEAN akan terus memperkukuh hubungan dengan rakan dialog sedia ada dan blok ekonomi lain seperti EU, BRICS, GCC, CPTPP dan RCEP, dengan matlamat meningkatkan pelaburan dan kestabilan ekonomi serantau.
- Pelan Induk Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2025 telah mencapai kadar pelaksanaan 97 peratus dan akan menjadi asas kepada pembangunan Pelan Strategik AEC 20262030 untuk meneruskan pertumbuhan dan transformasi ekonomi rantau ini.