[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
NATIONAL

Tarif Trump: Bakal berunding dengan AS, ini antara 3 isu perlu dibincangkan

Nabilah Khaleeda 11/04/2025 | 04:10 MYT
Malaysia ada kelebihan, namun turut berdepan cabaran, khususnya dalam peranannya sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini. - Foto fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Malaysia kekal sebagai kuasa besar dalam rantaian bekalan semikonduktor global dan mengekalkan hubungan ekonomi kukuh dengan Amerika Syarikat (AS).
Namun, di sebalik kekuatan itu, terdapat beberapa cabaran bukan tarif yang perlu ditangani secara proaktif agar pelaburan terus mengalir dan ketegangan perdagangan dapat dielakkan.
Berikut adalah tiga isu utama yang wajar diberikan perhatian menurut hemat Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Sufian Jusoh.
1️⃣ Standard Halal Malaysia yang Ketat
Amerika Syarikat mendakwa pemeriksaan JAKIM ke atas fasiliti mereka terlalu ketat, menjejaskan eksport masuk ke Malaysia.
Justeru, Malaysia perlu menilai sama ada isu ini berpunca daripada keperluan syariah atau sekadar prosedur. Jika prosedur, ia boleh ditambah baik tanpa kompromi prinsip.
2️⃣ Peraturan Dagangan Kurang Jelas
Amerika Syarikat mahu penjelasan berkenaan pelesenan perbankan dan insurans, serta definisi 'kepentingan negara'.
Ketelusan penting bagi pelabur asing untuk buat keputusan yakin dan mampan. Oleh itu, pelabur AS mahu kepastian agar pelaburan mereka dalam sektor kewangan lebih terjamin dan berdaya saing.
3️⃣ Isu Perolehan Kerajaan dan Keutamaan Bumiputera
Walaupun pernah dibincang dalam rundingan Rundingan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), isu keutamaan kepada Bumiputera masih berbangkit.
Kini masanya untuk Malaysia merujuk semula kepada persetujuan lama dan melibatkan semula Amerika Syarikat secara pragmatik, iaitu tanpa menyebut TPP secara langsung yang sensitif bagi mereka.
Menurut Dr. Sufian, Malaysia ada kelebihan, namun turut berdepan cabaran, khususnya dalam peranannya sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Jika isu-isu ini diselesaikan secara strategik, hubungan dagang dengan AS boleh terus diperkukuh dan pelaburan kekal mengalir masuk ke dalam negara.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam program Niaga AWANI pada Jumaat.
Kelebihan Malaysia dalam rundingan bersama AS
#tarif #Donald Trump #hubungan ekonomi #rundingan