SHAH ALAM: Isu penarikan balik tauliah mengajar agama Islam melibatkan penceramah Ustaz Abdullah Khairi Haroon dibuat berdasarkan keputusan Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) selaras dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Pengerusi MAIS Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam kenyataan berkata titah tersebut berhubung larangan pemberian tauliah mengajar agama Islam kepada mana-mana aktivis politik.
Abdul Aziz berkata tindakan penarikan balik tauliah tersebut dibuat mengikut Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 dan pemegang tauliah yang terkesan diberi ruang untuk membuat rayuan kepada MAIS.
"MAIS menyeru semua pihak agar tidak mempolitikkan isu penarikan balik tauliah mengajar agama Islam dan menghormati titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang tidak memperkenan tauliah mengajar agama Islam diberikan kepada mana-mana aktivis politik.
"Ini kerana ia dikhuatiri boleh disalahgunakan untuk kepentingan mana-mana parti politik yang akhirnya akan membawa kepada fitnah, perselisihan dan perpecahan umat Islam di Selangor serta mencemarkan agama Islam," katanya.
Media sebelum ini melaporkan bahawa MAIS menarik balik tauliah mengajar agama Islam yang diberikan kepada pendakwah Ustaz Abdullah Khairi berkuat kuasa pada 27 Sept lalu menerusi perkongsian di media sosial penceramah itu pada 5 Okt lepas.
Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berkata pihaknya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 5 Okt lepas yang memutuskan pembatalan penarikan balik tauliah mengajar agama Islam terhadap penceramah Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani yang telah dikeluarkan oleh MAIS.
Katanya keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam itu adalah berdasarkan alasan ketidakpatuhan prosedur semasa proses penarikan balik tauliah dibuat.
"Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam ini sama sekali tidak menyentuh dan tidak mempersoalkan penarikan balik tauliah atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang tidak memperkenan tauliah mengajar agama Islam diberikan kepada mana-mana aktivis politik.
"Justeru, titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ini masih berkuat kuasa di negeri Selangor," katanya.
Abdul Aziz menegaskan keputusan MAIS untuk menarik balik tauliah mengajar agama Islam terhadap Ahmad Dusuki itu dibuat selaras dengan titah Sultan Selangor berdasarkan maklumat tentang status keaktifannya dalam parti politik termasuk tapisan keselamatan yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia.
"MAIS memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam tersebut atas alasan, antara lain, rayuan yang difailkan ini hanya bersifat akademik semata-mata kerana tempoh tauliah mengajar agama Islam Ustaz Ahmad Dusuki telah tamat pada 30 Jun lalu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 07 2023
MAIS menarik balik tauliah mengajar agama Islam yang diberikan kepada pendakwah Ustaz Abdullah Khairi berkuat kuasa pada 27 Sept lalu. - Foto Facebook/Muhammad Al Faqih
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Tarik balik tauliah Abdullah Khairi selaras titah Sultan Selangor - MAIS
Titah tersebut berhubung larangan pemberian tauliah mengajar agama Islam kepada mana-mana aktivis politik.