[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Tarikh baharu Olimpik Tokyo 23 Julai - 8 Ogos 2021

Agensi 30/03/2020 | 13:32 MYT
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Olimpik Tokyo mengesahkan tarikh baharu bagi temasya sukan itu akan bermula 23 Julai hingga 8 Ogos 2021. Foto: Twitter/@Olympics
JAWATANKUASA Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Olimpik Tokyo mengesahkan tarikh baharu bagi temasya sukan itu akan bermula 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.
Menerusi kenyataan rasmi IOC, Presidennya, Thomas Bach berterima kasih kepada semua pihak terlibat dalam usaha merancang semula pelan temasya sukan ini selepas terpaksa ditunda akibat penularan COVID-19 di seluruh dunia.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Persekutuan Antarabangsa atas sokongan mereka dan Jawatankuasa Kontinental Kebangsaan atas perkongsian mereka sepanjangan proses rundingan sejak beberapa hari lalu.
"Saya juga ingin berterima kasih kepada Suruhanjaya atlet IOC yang sentiasa berhubung dengan kami.
"Dengan pengumuman ini, saya pasti kerjasama bersama Jawatankuasa Olimpik Tokyo 2020, Kerajaan Tokyo dan Jepun dan semua pemegang taruh akan dapat laksanakan temasya ini," ujarnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Tarikh penundaan Sukan Olimpik Tokyo 2021 akan ditentukan minggu ini
Bagi temasya Paralimpik Tokyo 2021 pula, ia akan berlangsung bermula 24 Ogos hingga 5 September 2021.
Presiden IPC, Andrew Parsons dalam satu kenyataan berasingan memaklumkan, tarikah baharu ini adalah jaminan yang diingini oleh semua orang.
"Tarikh baharu ini memberi kepastian untuk para atlet dan jaminan untuk pihak berkepentingan serta berita baik yang diingin oleh seluruh dunia," jelasnya.
Sebelum ini, Perdana Menteri Jepun, Abe Shinzo mengumumkan penundaan temasya Olimpik dan Paralimpik 2020 di Tokyo pada tahun hadapan susulan penularan wabak COVID-19.
BACA: COVID-19: Sukan Olimpik dan Paralimpik ditangguh setahun
#IOC #Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa #Jawatankuasa Olimpik Tokyo #tarikh baharu #Thomas Bach