Gesaan lebih 100 peguam supaya presiden Majlis Peguam Christopher Leong menarik balik kenyataan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi isyarat agar Leong tidak sewenangnya membuat kenyataan.
Mengulas gesaan itu, Pengerusi SukaGuam Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata Majlis Peguam perlu bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih dan tidak menunjukkan kecenderungan melulu menyokong sesuatu pihak dalam perbicaraan.
"Jika pimpinan Bar Council (Majlis Peguam) masih ingin menguji kesabaran majoriti peguam, nantikan kebangkitan peguam seluruh negara.
"Mereka kini sudah hilang sabar dengan kerenah pimpinan majlis itu yang sudah semakin jauh tersasar dari fungsi sebenar penubuhan badan itu," kata Khairul Anwar yang juga Ketua Sekretariat Perundangan Umno.
Dalam satu kenyataan di sini Sabtu, beliau berkata satu siri jelajah bertemu dengan para peguam serta lulusan undang-undang dari seluruh negara akan diadakan bagi mendapatkan maklum balas terutama mengenai cadangan membentuk sebuah lagi badan guaman seperti diamalkan di negara-negara lain.
Khairul Anwar meminta peguam yang ingin menyatakan sokongan terhadap tindakan berkenaan menghubungi sekretariat SukaGuam melalui emel [email protected].
Sementara itu, seorang peguam, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, berkata Leong perlu mengemukakan permohonan maaf yang jelas dan tanpa syarat kepada badan kehakiman.
Kumpulan itu pada Sabtu turut menggesa Leong meletak jawatan jika beliau enggan menarik balik kenyataannya.
Pada 10 Feb, Anwar gagal dalam rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun.
Anwar kini menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh.
Bernama
Sun Feb 22 2015
Pengerusi SukaGuam Khairul Anwar Rahmat (foto) berkata Majlis Peguam perlu bertindak tanpa rasa pilih kasih dan tidak menunjukkan kecenderungan melulu menyokong sesuatu pihak dalam perbicaraan. - Foto Fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.