PUTRAJAYA: Tarikh pendengaran bagi kes-kes sivil di Mahkamah Persekutuan dan Rayuan akan ditetapkan menerusi sistem notifikasi berbentuk sistem pesanan ringkas (SMS Alert) berkuat kuasa esok.
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) dalam kenyataan hari ini menyatakan, inisiatif teknologi itu diwujudkan dalam misi Badan Kehakiman Malaysia, untuk memperkasa sistem pentadbiran kehakiman yang berkualiti dan cekap.
Kenyataan itu memaklumkan pemfail dokumen perlu mengemas kini profil di dalam Sistem e-Filing (EFS), dengan memasukkan nombor telefon bimbit, sebelum meneruskan pemfailan.
"Notifikasi SMS akan dihantar melalui nombor telefon tersebut sebaik tarikh pendengaran kes yang seterusnya ditetapkan, sama ada bagi prosiding utama (rayuan/usul) atau permohonan interlokutori.
"Bagaimanapun, notifikasi tersebut adalah bagi tarikh pendengaran sahaja, dan tidak termasuk pengurusan kes (case management)," menurut kenyataan itu.
PKPMP dalam kenyataan itu menyatakan, pengguna EFS disaran untuk merujuk kepada 'Manual Pengguna SMS Alert Tarikh Pendengaran Seterusnya FC/COA', yang disediakan dalam ruangan Menu EFS untuk tatacara dan butiran lanjut.
"Sistem notifikasi SMS (SMS Alert) bagi tarikh pendengaran kes ini akan diperluaskan ke Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Diharapkan inisiatif teknologi ini akan dapat memudahkan pemegang taruh dalam urusan pendengaran kes di mahkamah, sekali gus memperkasakan penyampaian keadilan," menurut kenyataan itu lagi.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut, pengguna boleh layari laman web rasmi https://efs.kehakiman.gov.my/EFSWeb.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 31 2021

Pemfail dokumen perlu mengemas kini profil di dalam EFS, dengan memasukkan nombor telefon bimbit, sebelum meneruskan pemfailan. - BERNAMA

Logan Paul ikat kontrak bersama WWE
Paul mengumumkan telah menandatangani kontrak yang berakhir sehingga tahun depan dengan organisasi gusti itu.

10 pemancing, tiga kru bot dikhuatiri hilang
Kesemua mereka turun ke laut kira-kira jam 10 pagi Sabtu lalu dari Jeti Pengkalan Kubu dan sehingga kini gagal dihubungi.

Ibu tunggal syukur terima bantuan rumah baharu
Menjunjung kasih Pemangku Raja Pahang yang sentiasa prihatin dengan nasib rakyat jelata.

KKN Sabah bangunkan sistem, cegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan
Kerajaan Negeri Sabah menerusi KKN akan mewujudkan Integrated System secara atas talian antara KKN dan MPOB bagi mencegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan oleh syarikat di negeri itu.

Politik | Najib nafi minta Anwar gugurkan kes mahkamah
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau pernah meminta Ketua Pembangkang itu untuk menggugurkan kes mahkamah sekiranya mahu disokong sebagai Perdana Menteri. Ahli Parlimen Pekan itu berkata beliau tidak pernah meminta mana-mana individu untuk mengugurkan kesnya di mahkamah melalui pengaruh politik.

Ibadah Korban | JAWI umum ketetapan baharu
Kesemua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibenar untuk melaksanakan ibadah korban sempena Aidiladha yang akan disambut pada 10 Julai bersamaan 10 Zulhijjah, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail.

Bantuan | Bagaimana mahu bantu rakyat ketika inflasi?
BBerlaku perubahan pekerjaan dalam kalangan belia untuk berniaga dan bekerja dalam dalam perkhidmatan e-hailing, kata Felo Penyelidik Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Fauzi Fadzil. Beliau menyifatkan ia merupakan sesuatu perkara yang membimbangkan dan seterusnya perlu ditangani dengan segera.

Pemilihan PKR: Hans Isaac pecah tradisi, menang Ketua Cabang Ampang
Hans Isaac memperolehi 748 undi sementara Altimet memperoleh 746 undi.

"Moga Allah gantikan segala kesakitan, kepedihan"- Doa Neelofa buat Puteri Sarah
Neelofa sudah lama tahu masalah rumah tangga Puteri Sarah, Syamsul.
![[TERKINI] 1.6 juta penjawat awam bakal bermanfaat skim ansuran kenderaan [TERKINI] 1.6 juta penjawat awam bakal bermanfaat skim ansuran kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976095/thumbnails/11644311721656649310051_640x360.jpg)
[TERKINI] 1.6 juta penjawat awam bakal bermanfaat skim ansuran kenderaan
Kira-kira 1.6 juta penjawat awam bakal berpeluang membeli atau memperbaharui insurans kenderaan mereka secara ansuran tanpa sebarang faedah menerusi Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia MyEzyCover.com. Perincian lanjut bersama Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah di Putrajaya.

Tuduhan konspirasi politik dan Ketua Hakim Negara: PKPMP buat laporan polis
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) telah membuat laporan polis berhubung tuduhan-tuduhan wujudnya konspirasi antara pemimpin politik dan Ketua Hakim Negara.

Badan Kehakiman laksana Sistem Notifikasi Pelepasan Dari Lokap mulai Selasa ini
Sistem itu akan memaparkan status penyelesaian pembayaran denda dan pembebasan tertuduh sebagai tahanan lokap yang telah dijatuhi hukuman denda sahaja.

Tarikh pendengaran kes sivil ditetapkan melalui SMS - PKPMP
Tarikh pendengaran bagi kes-kes sivil di Mahkamah Persekutuan dan Rayuan akan ditetapkan menerusi sistem notifikasi berbentuk sistem pesanan ringkas (SMS Alert) berkuat kuasa esok.

Sistem e-PG di Mahkamah Majistret Trafik Kuala Lumpur minggu depan - PKPMP
Sistem Pengakuan Salah Kes Trafik Secara Dalam Talian (sistem e-PG) akan diperluas secara rintis di Mahkamah Majistret 13 (Trafik), Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur minggu depan (15 hingga 19 Feb).