awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarikh PRU14 tular: SPR nafi, sifatkan tidak munasabah

Astro Awani
Astro Awani
28/12/2017
05:24 MYT
Tarikh PRU14 tular: SPR nafi, sifatkan tidak munasabah
Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, hak untuk membubarkan Parlimen adalah di bawah perkenan Yang Di Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. - Gambar hiasan
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mempercayai tarikh-tarikh yang tular di media sosial berkenaan pembubaran Parlimen.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata tarikh-tarikh yang tular tersebut adalah tidak munasabah.
"Kononnya pembubaran Parlimen akan berlaku pada 11 Januari 2018, manakala penamaan calon pula pada 11 Mac dan hari pengundian ditetapkan pada 25 Mac 2018 adalah langsung tidak munasabah kerana tarikh pembubaran dan pengundian yang dinyatakan adalah melebihi tempoh 60 hari.
"Seperti mana yang dinyatakan di bawah Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa apabila Parlimen dibubarkan suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh ia bubar," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Tegasnya, hak untuk membubarkan Parlimen adalah di bawah perkenan Yang Di Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.
Topic Berkaitan
#pembubaran Parlimen
#penamaan calon
#pengundian
#SPR nafi
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#tarikh PRU14
#tarikh tular
#undi
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan