awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taska terbabit kes kematian bayi di Bandar Saujana Putra ditutup sepenuhnya

Bernama
Bernama
20/01/2025
09:27 MYT
Taska terbabit kes kematian bayi di Bandar Saujana Putra ditutup sepenuhnya
Arahan penutupan itu berikutan operator taska berkenaan akan menghadapi pendakwaan mengikut Akta Kanak-Kanak 2011. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Taman asuhan kanak-kanak (taska) di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat yang dipercayai terbabit dalam kes kematian bayi lelaki berusia empat bulan pada 3 Jan lepas telah diarahkan ditutup sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat negeri Anfaal Saari berkata arahan itu berikutan operator taska berkenaan akan menghadapi pendakwaan mengikut Akta Kanak-Kanak 2011.
Beliau berkata ibu bapa kanak-kanak lain juga telah diminta oleh JKM untuk menghantar anak masing-masing ke taska lain.
"Mungkin ada ibu bapa beranggapan ini (penutupan) bagi tempoh sementara sahaja tetapi menurut JKM, ia ditutup sepenuhnya.
"Difahamkan, kertas siasatan hampir selesai dan pendakwaan akan dilakukan dalam masa terdekat. Taska ini kekal ditutup kerana tidak berdaftar dan ada kes membabitkan Akta Kanak-Kanak," katanya ketika ditemui selepas Majlis Himpunan Wanita Selangor yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Anfaal berkata dalam lawatan awalnya ke rumah ibu bapa bayi berkenaan, beliau dimaklumkan terdapat 25 kanak-kanak yang berada di taska terbabit yang dijaga oleh dua orang pengasuh.
Beliau berkata ia tidak menepati syarat ditetapkan JKM iaitu seorang penjaga bagi lima orang bayi berusia bawah 12 bulan.
Ketika ditanya adakah benar taska berkenaan dalam proses pendaftaran dengan JKM, Anfaal berkata semakan jabatan itu mendapati proses berkenaan belum dimulakan.
"Malah, dua pengasuh berkenaan juga tidak pernah menduduki latihan yang ditetapkan JKM untuk mereka layak menjadi pengasuh bertauliah," katanya.
Media sebelum ini melaporkan taska berkenaan telah diarahkan ditutup pada 7 Jan selepas JKM hadir membuat pemeriksaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohd Akmalrizal Radzi dalam kenyataan dua hari selepas itu mengesahkan terdapat unsur kecuaian yang dipercayai menyebabkan kematian bayi lelaki berkenaan dengan polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#taska
#operasi ditutup
#kes kematian bayi
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#Akta Kanak-Kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan