MALAYSIA
Taufan Kalmaegi: Malaysia zahir takziah kepada Filipina - PM Anwar
Taufan Kalmaegi telah meragut sekurang-kurangnya 114 nyawa dan 127 individu masih dilaporkan hilang di beberapa wilayah tengah negara itu. -Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan dukacita atas kehilangan nyawa serta kemusnahan besar yang dialami rakyat Filipina akibat Taufan Kalmaegi.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Perdana Menteri berkata, laporan mengenai banjir besar, tanah runtuh serta kemusnahan kediaman dan infrastruktur akibat taufan itu amat memilukan.
“Bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah sedalam-dalamnya kepada keluarga mangsa serta semua yang terkesan akibat tragedi ini,” kata beliau dalam hantaran di akaun media sosial, hari ini.
Anwar turut menitipkan doa dan harapan agar rakyat Filipina tabah menghadapi dugaan serta berjaya membina semula kehidupan dan komuniti mereka yang terjejas.
Taufan Kalmaegi telah meragut sekurang-kurangnya 114 nyawa, sementara 127 individu masih dilaporkan hilang di beberapa wilayah tengah negara itu.
Beberapa kawasan bandar dan pinggir bandar dilanda banjir besar serta tanah runtuh dengan banyak rumah dan kenderaan dibawa arus deras, manakala penduduk terpaksa berlindung di atas bumbung rumah menunggu bantuan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Datuk Seri Anwar Ibrahim zahir rasa sedih dan dukacita terhadap kehilangan nyawa serta kemusnahan besar yang dialami rakyat Filipina akibat Taufan Kalmaegi.
- Perdana Menteri menyatakan kesedihan dengan laporan mengenai banjir besar, tanah runtuh, serta kemusnahan kediaman dan infrastruktur yang melanda Filipina akibat taufan tersebut.
- Anwar dan Perdana Menteri Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta seluruh yang terkesan akibat tragedi ini.
Perdana Menteri berkata, laporan mengenai banjir besar, tanah runtuh serta kemusnahan kediaman dan infrastruktur akibat taufan itu amat memilukan.
“Bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah sedalam-dalamnya kepada keluarga mangsa serta semua yang terkesan akibat tragedi ini,” kata beliau dalam hantaran di akaun media sosial, hari ini.
Anwar turut menitipkan doa dan harapan agar rakyat Filipina tabah menghadapi dugaan serta berjaya membina semula kehidupan dan komuniti mereka yang terjejas.
Taufan Kalmaegi telah meragut sekurang-kurangnya 114 nyawa, sementara 127 individu masih dilaporkan hilang di beberapa wilayah tengah negara itu.
Beberapa kawasan bandar dan pinggir bandar dilanda banjir besar serta tanah runtuh dengan banyak rumah dan kenderaan dibawa arus deras, manakala penduduk terpaksa berlindung di atas bumbung rumah menunggu bantuan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah nyawa yang telah diragut oleh Taufan Kalmaegi di Filipina?
A: Taufan Kalmaegi telah meragut sekurang-kurangnya 114 nyawa dan 127 individu masih dilaporkan hilang di beberapa wilayah tengah negara itu. - Q: Apakah kesan utama yang dialami oleh rakyat Filipina akibat Taufan Kalmaegi?
A: Beberapa kawasan bandar dan pinggir bandar dilanda banjir besar serta tanah runtuh dengan banyak rumah dan kenderaan dibawa arus deras, menyebabkan penduduk terpaksa berlindung di atas bumbung rumah menunggu bantuan. - Q: Apakah doa dan harapan yang dititipkan oleh Anwar untuk rakyat Filipina?
A: Anwar menitipkan doa dan harapan agar rakyat Filipina tabah menghadapi dugaan serta berjaya membina semula kehidupan dan komuniti mereka yang terjejas.