MALAYSIA
Taufan Opong: Malaysia ucap takziah, sedia bantu Filipina
Malaysia bersimpati dan merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan serta rakyat Filipina, khususnya kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat Taufan Tropika Opong selepas sebelum ini dibadai Taufan Super Ragasa. - Foto AP
KUALA LUMPUR: Malaysia bersimpati dan merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan serta rakyat Filipina, khususnya kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat Taufan Tropika Opong selepas sebelum ini dibadai Taufan Super Ragasa, menurut Kementerian Luar pada Jumaat.
Ringkasan AI
"Kementerian sedang menyelaras dengan agensi berkaitan mengenai bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada Filipina," kata kementerian itu yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra dalam satu kenyataan di sini.
Wisma Putra berkata melalui Kedutaan Besar Malaysia di Manila, pihaknya memantau rapat perkembangan taufan yang membawa hujan lebat berterusan sehingga menyebabkan ratusan keluarga terpaksa berpindah.
"Sehingga hari ini, taufan itu berada di kawasan tengah Filipina dan bergerak ke arah barat dengan kelajuan 35 kilometer sejam serta kelajuan angin maksimum 110 kilometer sejam. Taufan dijangka keluar daripada Kawasan Tanggungjawab Filipina pada 27 Sept 2025," menurut kenyataan itu.
Mengenai rakyat Malaysia, Wisma Putra memaklumkan setakat ini tiada laporan membabitkan mereka yang terjejas akibat taufan berkenaan.
"Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan sentiasa berwaspada serta mengikuti perkembangan terkini dan panduan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan," katanya.
Kementerian turut menggesa rakyat Malaysia yang belum mendaftar atau mengemas kini maklumat mereka untuk berbuat demikian segera di laman sesawang e-Konsular, https://ekonsular.kln.gov.my.
Bagi mendapatkan bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Manila di talian +63 2 8662 8200 / +63 917 864 0761 atau melalui e-mel mwmanila@kln.gov.my.
Kedutaan terletak di Salcedo Village, 107 Tordesillas, Makati, 1227 Metro Manila, Filipina.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Malaysia merakamkan takziah kepada Filipina atas tragedi Taufan Tropika Opong dan sedang menyelaras bentuk bantuan yang boleh disalurkan.
- Wisma Putra melalui Kedutaan Malaysia di Manila memantau rapat keadaan, setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas.
- Rakyat Malaysia di kawasan terlibat dinasihatkan berwaspada, ikuti panduan pihak berkuasa serta kemas kini maklumat di e-Konsular.