[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Bebas dalam Kes SRC RM27 Juta – Ikuti Perkembangan di Sini
KINI-TRENDING

Taufik Batisah kongsi kegembiraan bergelar suami

Umaira Uyop 05/04/2015 | 11:13 MYT
Taufik Batisah berkongsi kegembiraan selepas majlis pernikahannya bersama peminat di Instagram. -Gambar Twitter The Straits Times
Taufik Batisah selamat bergelar suami kepada Sheena Akbal pagi Sabtu.
Penyanyi Singapura yang popular dengan lagu "Awak Kat Mana" itu memuat naik video di Instagramnya sejurus majlis selesai dan mendapat hampir berbelas ribu likes dan dikongsi di pelbagai platform media sosial.
Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri.
Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi berusia 33 tahun itu sah bergelar suami kepada Sheena, 31 tahun, seorang pengurus produksi.
Peminat membanjiri laman sosial dengan ucapan tahniah dan mendoakan kebahagiaan penyanyi kesayangan mereka itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lebih 2,000 tetamu menghadiri majlis perkahwinan yang berlangsung di Muslim Delights, Bendeemer yang mana selain ahli keluarga dan rakan taulan, turut dihadiri peminat terpilih dari kelab peminat Singapura dan Malaysia.

#nikah #Sheena Akbal #Singapura #suami #Taufik Batisah