KLANG: Majlis Perbandaran Klang (MPK) memberi tempoh enam bulan kepada peniaga-peniaga warga asing yang berniaga di Pasar Besar Klang, di sini untuk menghentikan operasi mereka di pasar berkenaan.
Keputusan itu dibuat Yang Dipertua MPK, Noraini Roslan selepas melihat jumlah warga asing yang menguasai lokasi itu sehingga ada yang dilihat bergelar diri mereka sebagai 'tauke'.
Meskipun ketika pemeriksaan rata-rata warga asing mengaku mereka hanya 'kuli' di situ dan mempunyai majikan, namun, katanya, penyamaran yang dilakukan oleh pihak penguat kuasa itu sebelum ini mendapati gerai-gerai berkenaan diurus sepenuhnya mereka dan tiada penglibatan warga tempatan.
"Kita tidak mempunyai sebarang masalah untuk warga asing bekerja di pasar ini selepas mengambil kira kekurangan tenaga pekerja yang dihadapi oleh beberapa peniaga di situ.
"Cuma kami kesal apabila terdapat peniaga mengambil kesempatan dengan mengamalkan sistem ali baba tapak niaga mereka," katanya kepada pemberita selepas pemeriksaan di sini, pada Jumaat.
Pemeriksaan tersebut turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Masyarakat, Pekerja dan Kerajaan Prihatin Selangor yang juga Ahli Parlimen Klang, V Ganabatirau.
Mengulas lanjut, Noraini berkata, tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana warga asing jika didapati masih menjalankan perniagaan di pasar itu selepas tempoh berkenaan.
"Jadi saya beri masa kepada peniaga yang buat kegiatan ini supaya hentikan segera sebelum kita ambil tegas terhadap mereka.
"Gunakan peluang yang ada di sini untuk menjalankan perniagaan sendiri. Kalau nak gajikan warga asing, MPK tiada masalah,” tegasnya.
Dalam perkembangan sama, Noraini berkata, MPK akan melakukan penambahbaikan kemudahan dan struktur Kompleks Pasar Besar Meru bagi memudahkan urusan perniagaan.
"Kita akan fokus kepada kerja-kerja penambahbaikan seperti mengganti parit rosak, memasang penutup longkang, menukar lantai konkrit, memasang jubin serta membina tandas awam di blok-blok yang telah dikenal pasti," jelasnya.
Astro Awani
Sat Apr 08 2023
Noraini Roslan (tengah) berkata, jumlah warga asing yang menguasai Pasar Besar Klang sangat dominan sehingga ada yang dilihat bergelar diri mereka sebagai 'tauke'. -Foto MPK
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Pihak berkuasa serbu premis warga asing di Klang
Pihak berkuasa tempatan (PBT) menggempur kawasan sekitar Taman Setia di sini dalam usaha bagi membanteras peniaga warga asing.
Tiada peniaga warga asing di Pasar Besar Jalan Meru Klang - MPK
Hasil bancian yang dilaksanakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) mendapati kesemua peniaga dan pemegang lesen di Kompleks Pasar Besar Jalan Meru adalah rakyat tempatan.
MPK nafi wujud unsur salah guna kuasa
MPK sentiasa menjunjung tinggi etika dan integriti dalam melaksanakan tugas malah tidak berkompromi dalam isu salah guna kuasa oleh kakitangannya.
Longgokan besi di halaman rumah ganggu jiran
Perlakuan tersebut adalah salah satu contoh sikap tidak prihatin terhadap kawasan kejiranan.
Suami isteri didakwa subahat, salah guna kedudukan
Mereka didakwa bersubahat dan menyalahguna kedudukan untuk kerja-kerja berkaitan penilaian berjumlah lebih RM570,000 bagi Majlis Perbandaran Klang.
Serpihan konkrit LRT3 jatuh, tiada kemalangan jiwa
Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.
MPK siar gambar, video individu buang sampah haram
Perilaku tidak bertanggungjawab itu akan disiarkan di media sosial sebagai peringatan dan pengajaran kepada orang ramai supaya tidak membuang sampah sesuka hati.
Rumah retak: Buat laporan jika ada kakitangan MPK didakwa rasuah
Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, permit ubah suai rumah dan pelan lulus dikeluarkan kepada perunding pada tahun 2012.
JAS Selangor, MPK serbu premis cuci tong terpakai sebabkan pencemaran air
Premis yang menjalankan aktiviti mencuci tong-tong terpakai secara haram telah menyebabkan pembentukan buih berwarna putih di sebuah parit di Taman Ubudiah.
Kegiatan curi bekalan elektrik premis bitcoin masih berleluasa?
Sebanyak 10 premis bitcoin diserbu di One Kesas, Klang setelah dikesan melakukan kegiatan mencuri bekalan elektrik secara haram sehingga menyebabkan kerugian puluhan ribu ringgit.