MALAYSIA
Taylor’s biayai Bilik Muzik Inklusif pertama Sabah, buka akses pembelajaran murid berkeperluan khas
Taylor’s College bersama SKPK KK meraikan pelancaran Bilik Muzik Inklusif yang dinaik taraf, memberi manfaat kepada lebih 40 murid serta membuka ruang pembelajaran muzik yang lebih bermakna bagi murid masalah pendengaran dan pembelajaran.
SUBANG JAYA: Bilik Muzik Inklusif pertama di Sabah untuk murid berkeperluan khas kini siap dinaik taraf hasil tajaan RM50,000 oleh Taylor’s College melalui RISE Educator Award 2025, sekali gus membuka akses pembelajaran muzik berasaskan getaran, rentak dan visual kepada lebih 40 murid di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kota Kinabalu (SKPK KK).
Projek berkenaan memfokuskan kepada penyediaan ruang pembelajaran mesra deria bagi murid masalah pendengaran dan pembelajaran, selain melonjakkan usaha pendidikan inklusif di Sabah.
Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Mohamad Sufri Salim, berkata kolaborasi itu membuktikan sektor pendidikan khas memerlukan sokongan pelbagai pihak bagi memastikan akses pendidikan berkualiti dapat dinikmati semua murid.
“Inisiatif ini mencerminkan semangat kolaborasi yang menggerakkan agenda pendidikan negara, di mana sektor awam dan swasta berganding bahu memastikan setiap murid, tanpa mengira keupayaan atau latar belakang, mendapat akses kepada peluang pembelajaran berkualiti,” katanya.
Beliau menegaskan kerjasama sedemikian bukan sahaja meningkatkan tahap inklusiviti, malah memperkukuh ekosistem pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan komuniti.
Pelancaran turut disaksikan Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Ceasar Mandela Malakun.
Sementara itu, Pengarah Kampus Taylor’s College, Josephine Tan, berkata penaiktarafan tersebut adalah komitmen berterusan institusi itu dalam menyokong pendidik yang membawa perubahan di lapangan.
“Setiap anak berhak untuk belajar, mengekspresi diri dan berkembang mengikut kemampuan mereka. Melalui penaiktarafan Bilik Muzik Inklusif ini, kami berharap dapat membantu Cikgu Stefanus menyediakan ruang yang memberi kegembiraan, keyakinan dan kreativiti kepada murid melalui muzik,” katanya.
Beliau menambah bahawa ini merupakan sekolah kedua di Sabah yang menerima sokongan Taylor’s College dalam usaha memperluas pendidikan inklusif.
Guru muzik SKPK KK, Stefanus Lucas, yang menerima RISE Educator Award 2025, menjadi individu di sebalik inisiatif ini selepas menyedari ketiadaan bilik muzik ketika mula bertugas pada 2024.
“Ramai menganggap muzik hanya berkaitan pendengaran, tetapi bagi murid saya, muzik adalah tentang rasa, visual dan ekspresi diri. Ketika saya mula bertugas, kami tidak mempunyai bilik muzik, maka saya mulakan dengan apa sahaja yang ada untuk memberi mereka cara baharu berkomunikasi dan membina keyakinan,” ujarnya.
Stefanus berkata perkembangan murid kini daripada hanya meneroka rentak asas kepada tampil di pentas buat pertama kali.
“Melihat perkembangan mereka, daripada meneroka rentak asas kepada tampil yakin di pentas, adalah pengalaman paling bermakna buat saya. Dengan sokongan Taylor’s College, kini kami mempunyai Bilik Muzik Inklusif pertama di Sabah.
“Bilik ini bukan sekadar kemudahan, ia mengingatkan kita bahawa tumpuan harus diberi kepada keupayaan, bukan kekurangan,” tambahnya.
Dalam masa sama, Guru Besar SKPK KK, Muhammad Hamka Eallie, berkata projek itu memberi kesan besar kepada perkembangan emosi dan sosial murid.
“Inisiatif ini bukan sekadar menaik taraf sebuah bilik darjah, tetapi membawa harapan dan peluang kepada murid-murid kami. Bagi sebahagian mereka, muzik telah menjadi cara baharu untuk berkomunikasi, membina keyakinan dan menzahirkan kegembiraan,” jelasnya.
Melalui RISE Educator Community Project, bilik muzik yang dinaik taraf ini turut menjadi model praktikal bagaimana dana anugerah pendidikan dimanfaatkan untuk meningkatkan kemudahan, latihan guru dan pendekatan pembelajaran murid berkeperluan khas.

#RISE Educator Award 2025
#Taylor s College
#Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kota Kinabalu
#Bilik Muzik Inklusif