MALAYSIA
Taylor’s rangkul tempat ke-27 QS Asia University Rankings, pacu pembangunan kampus digital
Naib Canselor dan Presiden Taylors University, Profesor Barry Winn menegaskan Taylor’s bukan sahaja mahu membina kampus moden, tetapi memastikan universiti berada pada tahap yang mampu memimpin perubahan. - Foto Taylor's University
SUBANG JAYA: Taylor’s University mengukuhkan reputasi sebagai institusi pendidikan tinggi terkemuka rantau ini apabila disenaraikan pada kedudukan ke-27 dalam QS Asia University Rankings 2026, sekali gus mengekalkan gelaran universiti swasta terbaik Asia Tenggara bagi lima tahun berturut-turut.
Ringkasan AI
Naib Canselor dan Presiden Taylor’s University, Profesor Barry Winn, berkata pencapaian bersejarah itu bukan sekadar angka dalam penarafan, tetapi cerminan perjalanan universiti ke arah kecemerlangan jangka panjang.
Menurutnya, prestasi tersebut menyatakan dengan jelas kekuatan Taylor’s dalam penyelidikan, reputasi akademik serta daya tarikan globalnya.
“Kami sangat berbesar hati berada di tangga ke-27 di Asia. Pencapaian ini mencerminkan komitmen jangka panjang kami terhadap kualiti dan usaha menyediakan pendidikan bertaraf tinggi.
“Walaupun kami banyak menangani isu tempatan, sebenarnya isu itu mempunyai kesan dan kaitan global, dan sebab itu pengantarabangsaan menjadi keutamaan universiti,” katanya.
Seiring dengan Pelan Wawasan Strategik 2025–2035, Taylor’s juga kini berada dalam fasa pembangunan kampus berskala besar melalui pelaburan melebihi RM1 bilion, bertujuan menyediakan ekosistem pembelajaran yang sesuai untuk generasi digital.
Pelaburan ini meliputi pembangunan makmal berteknologi tinggi, ruang pembelajaran sosial, kawasan kolaboratif, serta kemudahan high-flex learning untuk pengajaran interaktif dalam talian dan fizikal.
“Kami melabur lebih RM1 bilion untuk membangunkan kemudahan makmal baharu, ruang pembelajaran sosial dan pembelajaran interaktif berteknologi tinggi, supaya pendidikan yang ditawarkan benar-benar sesuai untuk era digital,” jelasnya.
Winn turut menegaskan Taylor’s bukan sahaja mahu membina kampus moden, tetapi memastikan universiti berada pada tahap yang mampu memimpin perubahan.
“Matlamat kami ialah berada di barisan hadapan inovasi itu, dan memastikan pelajar kami mendapat akses kepada kaedah pembelajaran paling maju,” tambahnya.
Dalam masa sama, Taylor’s terus menyokong aspirasi Malaysia untuk menjadi hab pendidikan serantau, dengan hampir 50 peratus pelajarnya terdiri daripada pelajar antarabangsa dari lebih 80 negara.
Komposisi unik itu bukan sahaja memperkayakan persekitaran akademik tetapi turut memperkukuh kedudukan Taylor’s sebagai universiti bertaraf global.
“Malaysia berhasrat menjadi hab pendidikan serantau dan menarik pelajar antarabangsa terbaik. Kini hampir 50 peratus pelajar kami ialah pelajar antarabangsa, dan kepelbagaian ini menjadikan persekitaran intelektual kami lebih kaya dan dinamik,
“Gabungan pelajar Malaysia dan antarabangsa mencipta suasana yang sangat subur untuk perbincangan, pertukaran idea dan pembelajaran merentas budaya. Inilah yang membantu kami terus naik dalam kedudukan universiti Asia untuk jangka panjang,” ujarnya.
Dengan kekuatan akademik, pembangunan infrastruktur digital dan komuniti pelajar global yang semakin berkembang, Taylor’s yakin momentum ini akan terus mengangkat universiti ke tahap lebih tinggi dalam landskap pendidikan Asia.
Ringkasan AI
- Taylors University mengukuhkan reputasi sebagai institusi pendidikan tinggi terkemuka rantau ini apabila disenaraikan pada kedudukan ke-27 dalam QS Asia University Rankings 2026, sekali gus mengekalkan gelaran universiti swasta terbaik Asia Tenggara bagi lima tahun berturut-turut.
- Naib Canselor dan Presiden Taylors University, Profesor Barry Winn, berkata pencapaian bersejarah itu bukan sekadar angka dalam penarafan, tetapi cerminan perjalanan universiti ke arah kecemerlangan jangka panjang.
- Menurutnya, prestasi tersebut menyatakan dengan jelas kekuatan Taylors dalam penyelidikan, reputasi akademik serta daya tarikan globalnya.
Naib Canselor dan Presiden Taylor’s University, Profesor Barry Winn, berkata pencapaian bersejarah itu bukan sekadar angka dalam penarafan, tetapi cerminan perjalanan universiti ke arah kecemerlangan jangka panjang.
Menurutnya, prestasi tersebut menyatakan dengan jelas kekuatan Taylor’s dalam penyelidikan, reputasi akademik serta daya tarikan globalnya.
“Kami sangat berbesar hati berada di tangga ke-27 di Asia. Pencapaian ini mencerminkan komitmen jangka panjang kami terhadap kualiti dan usaha menyediakan pendidikan bertaraf tinggi.
“Walaupun kami banyak menangani isu tempatan, sebenarnya isu itu mempunyai kesan dan kaitan global, dan sebab itu pengantarabangsaan menjadi keutamaan universiti,” katanya.
Seiring dengan Pelan Wawasan Strategik 2025–2035, Taylor’s juga kini berada dalam fasa pembangunan kampus berskala besar melalui pelaburan melebihi RM1 bilion, bertujuan menyediakan ekosistem pembelajaran yang sesuai untuk generasi digital.
Pelaburan ini meliputi pembangunan makmal berteknologi tinggi, ruang pembelajaran sosial, kawasan kolaboratif, serta kemudahan high-flex learning untuk pengajaran interaktif dalam talian dan fizikal.
“Kami melabur lebih RM1 bilion untuk membangunkan kemudahan makmal baharu, ruang pembelajaran sosial dan pembelajaran interaktif berteknologi tinggi, supaya pendidikan yang ditawarkan benar-benar sesuai untuk era digital,” jelasnya.
Winn turut menegaskan Taylor’s bukan sahaja mahu membina kampus moden, tetapi memastikan universiti berada pada tahap yang mampu memimpin perubahan.
“Matlamat kami ialah berada di barisan hadapan inovasi itu, dan memastikan pelajar kami mendapat akses kepada kaedah pembelajaran paling maju,” tambahnya.
Dalam masa sama, Taylor’s terus menyokong aspirasi Malaysia untuk menjadi hab pendidikan serantau, dengan hampir 50 peratus pelajarnya terdiri daripada pelajar antarabangsa dari lebih 80 negara.
Komposisi unik itu bukan sahaja memperkayakan persekitaran akademik tetapi turut memperkukuh kedudukan Taylor’s sebagai universiti bertaraf global.
“Malaysia berhasrat menjadi hab pendidikan serantau dan menarik pelajar antarabangsa terbaik. Kini hampir 50 peratus pelajar kami ialah pelajar antarabangsa, dan kepelbagaian ini menjadikan persekitaran intelektual kami lebih kaya dan dinamik,
“Gabungan pelajar Malaysia dan antarabangsa mencipta suasana yang sangat subur untuk perbincangan, pertukaran idea dan pembelajaran merentas budaya. Inilah yang membantu kami terus naik dalam kedudukan universiti Asia untuk jangka panjang,” ujarnya.
Dengan kekuatan akademik, pembangunan infrastruktur digital dan komuniti pelajar global yang semakin berkembang, Taylor’s yakin momentum ini akan terus mengangkat universiti ke tahap lebih tinggi dalam landskap pendidikan Asia.
#taylor's university
#QS Asia University Rankings 2026
#Universiti Swasta Terbaik Asia Tenggara
#Profesor Barry Winn
#Institusi Pengajian Tinggi