SUBANG JAYA: Taylor’s University melancarkan Projek BacaBaca bersama Yayasan Mah Sing sebagai usaha menangani jurang kemiskinan pembelajaran dalam kalangan pelajar komuniti B40.
Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Akademik, Prof Dr Pradeep Nair berkata, kanak-kanak yang tidak membaca di peringkat gred akan mengalami kesusahan untuk mempelajari mata pelajaran lain. Ini seterusnya menyebabkan peningkatan dalam kadar keciciran sekolah, kemiskinan, masalah kesamarataan pendapatan dan mobiliti sosial.
Jurulatih membaca akan mengadakan sesi membaca dengan kanak-kanak berusia enam hingga sembilan tahun selama 30 minit, dua kali seminggu, dengan kaedah secara maya atau melalui telefon.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Pendidikan Taylor’s University, Hema Letchamanan berkata, program itu dilaksanakan jurulatih membaca yang dilatih oleh Pusat Pengajian Pendidikan di universiti tersebut untuk memastikan sasaran keperluan membaca dilengkapi kemahiran membaca di peringkat gred.
Jelasnya, selain keupayaan kemahiran membaca, inisiatif itu sekali gus meningkatkan keyakinan diri dan kebolehan berkomunikasi dengan lebih fasih untuk mengekspresi diri pelajar
"Dalam Bahasa Melayu, kita dapat melihat peningkatan sebanyak 64 peratus, manakala terdapat peningkatan sebanyak 86 peratus untuk Bahasa Inggeris.
"Keputusan ini sangat memberangsangkan kerana selepas enam bulan, pelajar-pelajar tersebut yang pada mulanya tidak boleh membaca dan hanya pandai beberapa suku kata, namun kini mereka boleh membaca di tahap kedua dan ketiga,“ katanya kepada Astro AWANI selepas Majlis Pelancaran Projek BacaBaca di Taylor’s University, Subang Jaya pada Sabtu.
Majlis pelancaran itu turut dihadiri Pengerusi Yayasan Mah Sing, Datuk Indera Syed Norulzaman Syed Kamarulzaman dan Timbalan Naib Canselor dan Prof Dr Pradeep Nair.
Pada masa sama, Hema berharap menerusi program tersebut, pihaknya akan dapat membantu lebih ramai komuniti dan bekerjasama dengan pelbagai organisasi, termasuk Kementerian Pendidikan, dalam mencapai matlamat pendidikan menerusi program yang berlangsung dalam dua fasa ini.
"Kita berharap untuk memperluaskannya di seluruh negara bagi membantu lebih ramai kanak-kanak yang memerlukan sekali gus memberikan bimbingan untuk terus cemerlang dalam bidang akademik serta pembangunan kemahiran hidup.
"Jadi kemungkinan kita akan mewujudkannya di Sarawak, Pantai Timur dan Utara kerana (isu) geografik bukanlah satu penghalang untuk Program BacaBaca ini dilaksanakan. Ini juga termasuklah dengan (isu) perkhidmatan jaringan jalur lebar (internet).
“Pelajar hanya memerlukan satu telefon. Tidak mempunyai kredit bukanlah satu isu namun pastikan ia boleh berfungsi kerana sukarelawan-sukarelawan yang akan menghubungi pelajar,“ katanya.
Fasa satu melibatkan 30 kanak-kanak di PPR Seri Alam Cheras selama enam bulan manakala fasa dua melibatkan 100 kanak-kanak di PPR Seri Alam, New Village Sungai Way, sekolah-sekolah Petaling Jaya, Klang, Banting dan Kota Belud, Sabah.
Selain tajaan Yayasan Mah Sing, bahan bacaan untuk Projek BacaBaca telah disediakan oleh Twinkl Malaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia, dengan sokongan jurulatih membaca daripada ahli-ahli komuniti yang berniat untuk memperbaiki mutu pembelajaran kanak-kanak.
Selain itu, mereka yang berminat untuk menjadi jurulatih membaca bagi program ini boleh menghubungi pihak Taylor’s di alamat e-mel tertera di [email protected]
Eton Khir
Mon Jun 20 2022
Semasa pelancaran Projek BacaBaca Taylor's, lebih 300 buku telah dikumpulkan menerusi sumbangan dari pelajar-pelajar dan kakitangan Taylor's, dan diedarkan kepada golongan B40.
Ederson nafi cemburu dengan rakan sepasukan di Manchester City
Ederson menjelaskan laporan yang diterbitkan oleh The Athletic adalah palsu sama sekali.
Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel
Serangan Israel juga telah menyebabkan kematian pemain terkemuka di Gaza, termasuk juara kejohanan.
AWANI Pagi: Tutup Haji 2024, menanti lambaian 2025
Ikuti diskusi Awani PAGI pada Sabtu bersama Ketua Rombongan Haji 1445h/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman bagi membincangkan mengenai operasi haji 2024 yang ditutup secara rasmi minggu ini, sekali gus menantikan lambaian Kaabah untuk tetamu Allah pada tahun 2025.
Bordeaux fail muflis
Ditubuhkan pada 1881, FC Girondins de Bordeaux ialah salah satu kelab bola sepak paling terkenal di Perancis.
Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
Taylor's, universiti swasta terbaik di Malaysia
Taylor's University kini setaraf universiti-universiti terbaik di dunia setelah menduduki tangga ke-379 global bagi senarai siri QS World University Ranking 2021.