awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Yahoo tambah sokongan AI melalui ciri Yahoo Scout pada enjin carian
Polis Korea Selatan jalankan penggeledahan di Coupang, lapor Yonhap
Tesla bakal labur AS$2 bilion dalam xAI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TDM, TNI-AD tamatkan Eksesais Kekar Malindo siri 48AB/2025

Bernama
Bernama
10/11/2025
09:45 MYT
TDM, TNI-AD tamatkan Eksesais Kekar Malindo siri 48AB/2025
Latihan bilateral antara TDM dan TNI-AD itu secara keseluruhannya telah mencapai objektif dalam mengukuh dan meningkatkan hubungan kerjasama bilateral antara kedua-dua pihak. - Gambar/ TDM
KUCHING: Sebanyak 65 pegawai dan 510 anggota lain-lain pangkat berjaya menamatkan latihan bilateral Eksesais Kekar Malindo bagi siri 48AB/2025 antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD) yang diadakan selama 10 hari bermula 1 Nov lepas.
Sel Risik Markas 3 Briged dalam kenyataan hari ini memaklumkan eksesais berkenaan melibatkan pasukan 13 Rejimen Askar Melayu Diraja mewakili 3 Briged dan Batalion Infantri 641/Beruang (Yonif 641/BRU) mewakili Brigif 19/KH yang berkonsepkan Peperangan Melawan Insurgensi (PMI) itu berakhir dengan Serangan Akhir di kawasan am Bayai, Sri Aman.
"Perkongsian ilmu pengetahuan, doktrin serta taktik, teknik dan prosedur dalam operasi infantri telah dijalin antara kedua pihak sepanjang eksesais," menurut kenyataan itu.
Maklum kenyataan itu, latihan bilateral antara TDM dan TNI-AD itu secara keseluruhannya telah mencapai objektif dalam mengukuh dan meningkatkan hubungan kerjasama bilateral antara kedua-dua pihak.
Sementara itu, majlis penutupan telah disempurnakan oleh Panglima 1 Divisyen Infantri Malaysia (1 Div) Mej Jen Datuk Khairul Anuar Abd Aziz dan Inspektur Komando Daerah Militer (IRDAM) 12/Tpr Brig Jen TNI Agus Firman Yusmono yang mewakili TNI-AD dengan simbolik upacara menanggalkan Toha Pelaku Eksesais.
Menurut kenyataan itu, pelaksanaan itu selaras dengan Teras Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat ke-30 iaitu Anjakan Diplomasi Pertahanan yang mempertingkatkan usaha dalam aspek latihan bersama negara sahabat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#latihan ketenteraan
#Tentera Nasional Indonesia
#TDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan