awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tebing di Batu 15 Jalan Gombak-Bentong runtuh

Bernama
Bernama
03/11/2015
02:26 MYT
Tebing di Batu 15 Jalan Gombak-Bentong runtuh
Tebing di jalan raya FT 68, Jalan Bentong Lama, Gombak runtuh akibat hujan lebat awal pagi Isnin dan keadaan ini menyebabkan laluan tersebut ditutup. - Foto BERNAMA
Hujan lebat pada awal pagi tadi mengakibatkan tebing di Batu 15 Jalan Gombak-Bentong, dekat sini, runtuh.
Penyelia syarikat konsesi RoadCare Sdn Bhd, Muhammad Nor Shafiq Khusaini berkata kedalaman runtuhan adalah 15 meter, dan sepanjang 39 meter.
"Hujan lebat kira-kira 3.30 pagi tadi...pada masa ini, kami melakukan kerja pemasangan kain kanvas bagi menutup kesan runtuhan bagi mengelak berlakunya tanah runtuh apabila hujan lagi.
"Jalan masuk dari Gombak ke Jalan Bentong Lama, dan juga dari Genting Sempah ditutup kepada semua kenderaan," katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian.
Beliau berkata laluan itu akan ditutup bagi satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.
Katanya sebanyak 15 anggota daripada syarikat konsesi itu sedang bertungkus lumus menjalankan kerja-kerja pemasangan kanvas.
Tinjauan Bernama di lokasi kejadian, mendapati laluan menghala ke Bentong runtuh sepenuhnya, dan hanya laluan menghala ke Gombak masih dalam keadaan baik, bagaimanapun masih berisiko kepada pengguna jalan raya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad menasihatkan pengguna jalan raya supaya menggunakan Lebuhraya KL-Karak sebagai jalan alternatif.
"Jalan ditutup kepada semua lalu-lintas. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Topic Berkaitan
#Bentong
#hujan lebat
#Jalan Gombak
#runtuh
#tebing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan