awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tedung selar sembunyi dalam longgokan kotak kasut

Sinar Harian
Sinar Harian
08/12/2021
03:34 MYT
Tedung selar sembunyi dalam longgokan kotak kasut
Ular tedung selar sepanjang lima meter yang ditemui bersembunyi dalam longgokan kotak kasut di sebuah rumah di Kampung Guntong, Wakaf Lanas pada Selasa. -Foto Sinar Harian
PASIR PUTEH: Sebuah keluarga dari Kampung Guntong, Wakaf Lanas di sini dikejutkan kehadiran 'tetamu' tidak diundang apabila seekor ular tedung selar sepanjang lima meter ditemui bersembunyi dalam longgokan kotak kasut di ruang tamu rumah pada Selasa.
Kehadiran reptilia seberat 20 kilogram (kg) itu disedari pemilik rumah berkenaan, Fareez Helmi Ibrahim, 32, selepas diberitahu oleh anak saudaranya yang melihat kelibat ular tersebut dalam longgokan kotak kasut.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Pasir Puteh, Kapten (PA) Nik Mohd Nor Nik Mat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.24 petang.
Menurutnya, seramai lima anggota dikejarkan ke lokasi dan mendapati ular tersebut sedang 'menyorok' di dalam timbunan kotak kasut.
"APM mengambil masa selama 10 minit untuk menangkap ular tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Nik Mohd Nor berkata, sejak November hingga awal bulan inii, APM Pasir Puteh telah menerima 77 kes berkait dengan ular masuk rumah.
"Antara jenis ular tersebut ialah tedung selar, tedung senduk, kapak dan ular sawa.
"Bagi mengelakkan haiwan berbisa ini memasuki kediaman, saya nasihatkan susun atur rumah diperkemas, teratur sebab haiwan ini suka tinggal di kawasan berselerak," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ular tedung selar
#longgokan kotak kasut
#Kampung Guntong
#Fareez Helmi Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan