MALAYSIA
TEG perkukuh komitmen iklim di institusi pendidikan Asia Tenggara
Taylor Education Group (TEG) memperkukuh komitmen serantau terhadap tindakan iklim dengan menerapkan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) di 10 institusi pendidikan di Malaysia, Singapura dan Vietnam.
TAYLOR’S Education Group (TEG) memperkukuh komitmen serantau terhadap tindakan iklim dengan menerapkan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) di 10 institusi pendidikan di Malaysia, Singapura dan Vietnam.
Ringkasan AI
Pengumuman ini dibuat semasa Festival ESG di Kampus Taylor’s Lakeside baru-baru ini, menandakan langkah penting dalam usaha menginstitusikan kelestarian merentasi operasi, pendekatan pendidikan dan budaya kampus kumpulan tersebut.
Festival tahun ini bertemakan Embedding Impact: From Action to Culture, menonjolkan bagaimana prinsip ESG sedang diterapkan secara menyeluruh untuk mendorong transformasi jangka panjang.
Menurut laporan UNESCO 2024 bertajuk Education and Climate Change: Learning to Act for People and Planet, meskipun pendidikan merupakan kunci kepada Pembangunan Lestari dan ketersediaan tenaga professional masa hadapan, namun ia masih belum diberi keutamaan dalam perancangan iklim dan pembangunan negara.
Pengerusi Taylor’s Education Group, Datuk Loy Teik Ngan berkata, agenda kelestarian kumpulan ini sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, khususnya SDG 13 berkaitan tindakan terhadap perubahan iklim.
“Di Taylor’s, kami melihat kelestarian sebagai tanggungjawab utama sebuah institusi yang bersedia untuk masa depan.
"Usaha kami selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG), khususnya SDG 13 mengenai tindakan iklim.
“Dengan menanamkan nilai ESG dalam pengurusan kampus dan operasi harian kami, kami membina asas kukuh untuk meningkatkan daya tahan terhadap risiko perubahan iklim yang mengukuhkan daya tahan terhadap risiko perubahan iklim yang menyumbang kepada Gerakan global sifar bersih serta memupuk budaya kelestarian dalam kalangan pelajar, kakitangan dan kepimpinan kami, katanya dalam satu kenyataan media semalam.
Fokus pertama strategi ESG TEG adalah pelancaran papan pemuka pengukuran impak bersepadu yang direka untuk memantau pelepasan karbon dan prestasi kelestarian di semua institusinya di Malaysia, Singapura dan Vietnam.
Fokus kedua strategi ESG TEG menumpukan kepada transformasi kampus-kampus dan sekolah-sekolah menjadi model kelestarian yang nyata, di mana setiap bilik darjah, perjalanan harian dan kilowatt mencerminkan komitmen terhadap masa depan rendah karbon.
Tiga inisiatif utama menjadi memacu kepada komitmen kelestarian Taylor’s:
1. Bilik Darjah Hijau: Menggunakan perabot kitar semula, pencahayaan cekap tenaga, pengudaraan semula jadi, serta larangan plastik sekali guna.
2. Pelan Pengangkutan Lestari: Menyokong mobiliti hijau dengan memperkenalkan kenderaan ulang-alik elektrik sepenuhnya menjelang 2030, memperluas pengecas EV, menggalakkan perkongsian kenderaan, serta menyusun jadual kelas dan mengoptimumkan ruang parkir.
3. Kampus Tenaga Sifar Bersih: Menerusi pensijilan EDGE, pemasangan panel solar berskala besar, dan sistem Simpanan Tenaga Termal (Thermal Energy Storage), Taylor’s mengurangkan penggunaan tenaga dan meningkatkan kecekapan melalui teknologi pintar.
Festival ESG Taylor’s menarik lebih 230 peserta termasuk para pendidik, pelajar, profesional kelestarian dan perusahaan sosial.
Festival ini menampilkan Bazar Impak, bengkel interaktif dan sesi perbincangan ahli panel bertajuk ‘Membentuk Masa Depan Regeneratif melalui Pemikiran, Metrik dan Gerakan’ bertempat di Kampus Taylor’s Lakeside pada 9 Jun lalu.
Sesi tersebut dipengerusikan oleh Karl Engkvist, Presiden Taylor’s Education Pte Ltd dan Pengerusi Bersama ESG di Taylor’s Education Group, bersama ahli panel Ng Tsu Mae (Ketua Tanggungjawab korporat, CIMB Bank Berhad), Chook Yi Jean (Pengurus Kanan, Pelaporan Kelestarian & Strategi ESG, Pos Malaysia) dan Benjamin Soh (Pengasas Bersama & Pengarah urusan, ESGpedia).
Ringkasan AI
- Taylors Education Group (TEG) melaksanakan strategi ESG di 10 institusi pendidikan di Malaysia, Singapura dan Vietnam, termasuk pelancaran papan pemuka pengukuran impak bersepadu dan transformasi kampus kepada model kelestarian.
- Tiga inisiatif utama ESG Taylors ialah Bilik Darjah Hijau, Pelan Pengangkutan Lestari menjelang 2030, dan pembangunan Kampus Tenaga Sifar Bersih melalui teknologi pintar dan pensijilan kelestarian.
- Festival ESG Taylors 2025 diadakan di Kampus Lakeside, menghimpunkan lebih 230 peserta dan menampilkan perbincangan tentang tindakan iklim serta peranan pendidikan dalam membentuk masa depan lestari.