awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TEGAS lakar sejarah terima Anugerah Brandlaureate

Azizah Alwi
Azizah Alwi
07/12/2022
05:55 MYT
TEGAS lakar sejarah terima Anugerah Brandlaureate
Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) menang Anugerah Brandlaureate bagi Anugerah penjenamaan tahun 2022 untuk Tegas Digital Village. - Foto tegas.org.my
KUCHING: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) melakar sejarah apabila buat julung kalinya memenangi Anugerah Brandlaureate bagi Anugerah penjenamaan tahun 2022 kategori (e-Penjenamaan dalam Perusahaan – Penyelesaian Inovasi Digital) untuk Tegas Digital Village.
Menurut Timbalan Menteri Perancang Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak merangkap Pengerusi TEGAS, Datu Len Talif Salleh Anugerah ini sebagai tanda pengiktirafan terhadap usaha dan komitmen organisasi dalam memperkasakan syarikat pemula dan perusahaan sosial di Sarawak melalui TEGAS Digital Village (TDV) dan TEGAS Digital Innovation Hub (TDIH) sejak 2017.
“Pasukan TEGAS yang diketuai oleh YB Datuk Snowdan Lawan akan terbang ke Kuala Lumpur sejurus selepas acara ini untuk menerima anugerah berprestij di Majlis Makan Malam Gala The BrandLaureate Brand of The Year Award 2022 di The Majestic Hotel KL malam ini,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan semasa sesi sidang media selepas menghadiri majlis perasmian Shell Livewire Sarawak 2022 yang dirasmikan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Tegas Digital Village hari ini.
Anugerah Brandlaureate ialah penganugerahan tahunan yang memberi penghormatan kepada jenama yang terus cemerlang dan berdedikasi dalam penjenamaan mereka termasuk ketika terpaksa berhadapan dengan masa sukar serta penuh cabaran masa kini.
Topic Berkaitan
#Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak
#Anugerah Brandlaureate
#Tegas Digital Village
#Datu Len Talif Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan