awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teguh perpaduan, tolak unsur gugat fabrik masyarakat - PM Anwar

Bernama
Bernama
29/08/2025
14:46 MYT
Teguh perpaduan, tolak unsur gugat fabrik masyarakat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa semangat Jalur Gemilang, menuntut rakyat mengutamakan perpaduan, keamanan serta menolak sebarang unsur yang boleh merobek fabrik masyarakat. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa semangat Jalur Gemilang, menuntut rakyat mengutamakan perpaduan, keamanan serta menolak sebarang unsur yang boleh merobek fabrik masyarakat.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan semangat Jalur Gemilang menuntut rakyat bersatu, menolak perpecahan dan membina pembangunan yang inklusif.
  • Anwar merasmikan Lebuhraya EKVE Seksyen 1 yang bakal mengurangkan kesesakan, menghubungkan komuniti serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.
  • Beliau menekankan pembangunan mesti dilaksana dengan disiplin, ketelusan dan undang-undang agar manfaatnya benar-benar dirasai rakyat.

Beliau berkata semangat kemerdekaan juga harus diterjemahkan melalui pembangunan yang saksama dan inklusif, selaras dengan janji pemimpin terdahulu ketika menuntut kemerdekaan negara.
"Bahawa negara ini harus merdeka, bersatu dan inklusif, selain menjamin keselamatan hidup rakyat serta pembangunan yang berciri moden dan seimbang," kata beliau menerusi catatan di Facebook hari ini.
Terdahulu, Anwar merasmikan pembukaan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) Seksyen 1, yang disifatkannya bakal memberi manfaat besar kepada penduduk sekitar serta menghubungkan komuniti, mengurangkan kesesakan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Beliau berkata projek itu juga mencerminkan bakat dan kepakaran tempatan, khususnya perusahaan dan syarikat Bumiputera serta tenaga muda yang gigih.
"Hanya dengan disiplin, ketelusan dan tunduk patuh pada undang-undang kita dapat menjamin bahawa setiap pembangunan benar-benar dirasai rakyat, bukan menjaga tembolok penguasa," katanya.
Anwar berkata kerajaan akan terus istiqamah mensejahterakan kehidupan rakyat dengan menjamin perumahan yang selesa, pengangkutan yang baik dan pembangunan yang seimbang di seluruh negara.
Lebuhraya EKVE Seksyen 1 sepanjang 24 kilometer itu, mempunyai empat persimpangan bertingkat di Sungai Long, Bandar Mahkota Cheras, Hulu Langat dan Ampang.
Ia merupakan sebahagian daripada jajaran Lebuhraya Lingkaran Luar Kuala Lumpur (KLORR) sepanjang 39.5 kilometer, yang menghubungkan Sungai Long ke Ukay Perdana.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#perpaduan
#Jalur Gemilang
#fabrik masyarakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan