KUNJUNGAN Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibarhim bertemu Presiden Indonesia, Bapak Jokowi melanjutkan ‘adat’ atau tradisi yang telah berakar lama. Kenaikan seorang Perdana Menteri di Malaysia, negara pertama yang akan dilawatinya adalah Indonesia. Ia, Indonesia dan Malaysia punyai hubungan romantika, saling mencintai walau juga saling melukai. Tetapi, masakan air dicincang akan putus? Tidak. Pertalian batin atas ikatan tawhid dan semangat persaudaraan Jawiraya atau Nusantara atau apa sahaja istilah untuk memperikatkan suku-suku bangsa yang tersebar di puluhan ribu pulau di Alam Melayu ini tidak akan putus walaupun di belah dua sempadan geopolitik yang berbeza.
Kita tinjau sejarah sebentar, pada tarikh 12 – 13 Ogos 1945, delegasi Indonesia diketuai oleh Sukarno dan Hatta singgah di Taiping dalam perjalanan panjang daripada Vietnam. Tujuan kehadiran mereka untuk bertemu pemimpin Tanah Melayu diketuai Ibrahim Yaacob dan beberapa pemimpin lain untuk mencapai persetujuan bagi mengisytiharkan kemerdekaan serentak Malaya dan Indonesia. Malangnya, serangan tentera Berikat yang menggugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki menyaksikan Jepun menyerah kalah dan kuasa penjajahan kembali kepada kolonial Barat. Sukarno dan Hatta lalu tidak dapat mengambil keputusan untuk memerdekakan Malaya serentak kerana tidak mampu melawan dua kuasa kolonial (Inggeris dan Belanda) dalam waktu yang sama.
Inilah takdir yang tidak dapat dimungkir. Telah tersurat, Indonesia dan Malaysia adalah sebuah tanah air yang satu cuma mendapat bahagian yang berlainan dalam takdir yang telah tersusun. Para pemuda terdahulu daripada kalangan bapa-bapa kemerdekaan kedua-dua negara telah berusaha untuk mempersatukan dua negara ini seberapa dapatnya. Kini ditangan kita para pemimpin zaman ini untuk melanjuti ghirah dan kecemburuan mereka melihat penyatuan kedua-dua negara di mana sahaja lapangan yang boleh dapat ditelurkan.
Sesungguhnya Indonesia dan Malaysia itu cuma SATU. Dalam takdir perjalanan sosiopolitiknya dipisahkan secara geopolitik, namun persamaan agama, bahasa, darah dan budaya telah melangkaui sempadan yang mendinding itu sehingga kita dapat terus berkerjasama erat dalam pelbagai pentas dan platform samada di peringkat misi diplomasi pegawai-pegawai utama kerajaan kedua-dua negara mahupun juga gerakan kepemudaan seperti hari ini.
Tidak sekadar di peringkat kepimpinan perdana, di arena kepemudaan juga hubungan baik dan diharap menjadi lebih baik sentiasa digiatkan. Mithalnya, sudah kelaziman juga, negara pertama yang akan dikunjungi Presiden Majlis Belia Malaysia setelah ditaklif ialah Indonesia, yang mana menjadi petunjuk hubungan rapat kedua organisasi belia kepemudaan.
Sebagai rujukan, pada 10 April 2022, Sdr. Izzat Afifi Presiden MBM semasa mengadakan lawatan atas undangan hangat daripada Ketua Umum KNPI, Sdr. Haris Pertama. Mereka disambut dengan hangat, meriah dengan iringan anggota keselamatan seperti halnya sambutan yang didapati oleh para diplomat penting negara.
Indonesia dan Malaysia adalah negara utama dalam konteks dunia Islam di sebelah Timur. Bahkan sarjana seperti ALVIN TOFFLER, seorang futuris dalam satu ceramahnya di Institut Kemajuan Islam Malaysia (IKIM) pada 1993 meramalkan bahawa pusat peradaban Islam akan berubah dari Timur Tengah, tempat asal dan tradisinya, ke Asia Tenggara (Malaysia dan Indonesia). Manakala pemikir Islam, Prof Fazlur Rahman meramalkan dunia Islam yang dinamik pada masa depan berdasarkan perkembangan intelektual akan berlaku di Asia Tenggara khususnya di dunia Melayu. Fazlur Rahman berpendapat sedemikian kerana tahap intelektual masyarakat di Dunia Melayu Asia Tenggara tidak dipengaruhi pemikiran Islam abad pertengahan yang statik dan membelenggu pemikiran.
Sekitar 600 - 650 juta penduduk yang bermukim di negara ASEAN, lebih separuh daripadanya adalah masyarakat beragama Islam. Dapatan kajian oleh Pew Research Center, menjelang tahun 2050, dunia akan melihat kebangkitan agama sebagai komoditi yang memenuhi ruang peribadi, sosial, ekonomi dan politik global, maka ianya juga memberikan isyarat bahawa ASEAN tidak terlepas daripada menerimanya. Jika kita bercakap hubungan kedua-dua negara dalam konteks ini, maka sudah tentu ianya adalah ruang untuk menampilkan produk melalui pasaran produk berasaskan industri halal atau patuh syariah sebagai landasan baharu ekonomi disamping menjadi kenderaan menyampaikan mesej yang ramah tentang Islam di rantau ini.
Manakala, gagasan ASEAN Economic Community (AEC) atau Masyarakat Ekonomi ASEAN (MEA) ke arah visi membentuk integrasi ekonomi serantau yang direncanakan sejak 2015 menuntut persefahaman dan komitmen para pemuda Malaysia dan Indonesia untuk memberikan naratifnya.
Empat karakterisik utama gagasan ini iaitu pasaran tunggal dan basis produksi, kawasan ekonomi yang berdaya saing tinggi, dan kawasan dengan pembangunan ekonomi yang merata, serta kawasan yang terintegrasi penuh dengan ekonomi global.
Di sini kita dapat mengambil peluang untuk mengajukan persoalan tentang siapakah pentakrif/pendefinisi masyarakat ekonomi ASEAN. Mengapa tidak masyarakat berbahasa Melayu/Indonesia yang berasaskan konsep ras, budaya yang satu ini yang menjadi terasnya?
Pertemuan terkini pemimpin kedua-dua buah negara di Jakarta nampaknya mengulangi tekad untuk sentiasa mempertingkatkan kemesraan dan kesalingan semangat muhibbah bersama. DSAI dalam siri syarahan umum “Hubungan Strategik Malaysia-Indonesia” di Menara Bank Mega, Jakarta menarik perhatian khalayak dengan sedikit sentimental. Indonesia telah menghadiahi Sutan Takdir Alisjahbana, Armijn Pane, Buya Hamka kepada nuansa zaman kecil Perdana Menteri. Ibunya seorang penggemar kepada karya-karya penulis berkenaan dan ramai lagi. Beliau telah bersentuhan dengan suasana intelektual dan kebudayaan Indoensia semenjak usia dini. Indonesia bahkan mengirimkan tokoh yang tenar di rantau ini semithal Sukarno dan Hatta di garis nasionalis, Pak Natsir di garis Islam, Sutan Syahrir yang memilih arus kiri sehingga ke era dasawarsa kini Chairul Tanjung sebagai seorang yang bitara dalam dunia ekonomi.
Perdana Menteri menegaskan bahawa Malaysia dan Indonesia boleh menjalinkan kerjasama yang mampu mengukuhkan ekonomi kedua-dua negara. Bahkan, hubungan yang akan menuju kepada suatu tahap yang belum pernah dicapai sebelumnya. Bagaimana hasrat ini akan dioperasikan dalam bentuk yang berpindah daripada tekad kepada buat? Huraiannya juga turut diterangkan beliau dalam beberapa forum samada ketika kenyataan media bersama Pak Jokowi, atau sesi Syarahan Umum dan sesi soal jawab yang menyusul selepasnya. Apa yang boleh dibuhulkan kami turunkan di bawah ;
Kerjasama strategik yang akan dicapai adalah bagi memastikan kemampanan industri minyak sawit kerana Malaysia dan Indonesia membekalkan hampir 85 peratus pengeluaran minyak sawit dunia. Bermaksud bahawa kedua-dua negara adalah pemain utama yang dapat mempengaruhi sentimen pasaran dalam komoditi ini. Manakala, dalam sektor penghasilan tenaga boleh diperbaharui, Malaysia dan Indonesia harus dapat memperhebatkan lagi kerjasama dengan meneroka pelbagai kepakaran yang dapat dimanfaatkan bersama.
Menyentuh soal ASEAN, Malaysia menyatakan pendirian erat selaku saudara serumpun untuk memberikan segalanya yang perlu sebagai manifestasi sokongan penuh kepada Indonesia selaku Pengerusi ASEAN pada tahun ini. Sokongan dan dukungan penuh itu diberikan agar ASEAN terus diperkukuh dan berkesan di rantau ini.
Isyarat baru yang dibawa oleh Kerajaan Perpaduan Malaysia diharap menyuntik keyakinan kepada pelabur Indonesia mengenai perubahan yang sedang berlaku di Malaysia meliputi kemudahan untuk menjalankan perniagaan dan kadar kelulusan pelaburan yang lebih pantas. Ianya diharap dapat menarik lebih minat pelaburan konglomerat Indonesia untuk meninjau potensi pasaran di Malaysia.
Mengenai isu Tenaga Kerja Indonesia (TKI) yang sering dilaporkan terdedah kepada penindasan dan penderaan, diharapkan akan ada satu saluran yang dibangunkan untuk memastikan penempatan dan perlindungan TKI. Manakala sebuah community learning center untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak migran Indonesia dapat direalisasikan di Semenanjung.
Serta banyak lagi yang dimeterai bersama.
Ada satu perkara yang penulis nantikan, ianya mungkin belum sempat dibawa ke tengah meja perundingan. Perkara itu mengenai soal menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di peringkat ASEAN.
Kita sudah sering dapatkan gambaran mengenainya daripada 600 juta penduduk ASEAN, lebih separuh daripadanya penutur bahasa Melayu atau kerabatnya sebagai bahasa pertama/kedua. Setidaknya 4 negara - Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura mewartakannya sebagai bahasa kebangsaan. Tiga wilayah memakainya dengan luas - Selatan Thailand, Selatan Fillipina, Kampung Cham, Kemboja.
Demografik penutur ke 5-7 teramai di dunia. Menjadi bahasa kedua di beberapa negara bukan penutur jati untuk maksud ekonomi dan pendidikan.
Semua ini dicapai hanya dengan usaha sederhana sahaja sebelum ini. Namun, memandangkan telah muncul tekad keras antara pemimpin dua negara tonggak serumpun ini sebelumnya, saya kira di fasa baharu hubungan kedua-dua negara ini ianya dapat dijelmakan.
Satu hal yang menarik dilontarkan oleh audiens ialah keperluan mewujudkan matawang yang dapat terpakai di kedua-dua belah negara untuk memelihara kedudukan kewangan dan ekonomi Malaysia dan Indonesia daripada ancaman Dollar dan sekarang Yuen. Ini mungkin cadangan yang kedengaran asing dan respon daripada Perdana Menteri yang meyakinkan diharap dapat mencapai keputusan yang terbaik di masa hadapan demi melestarikan hubungan Indonesia dan Malaysia itu sentiasa berada pada satu tahap yang benar-benar ‘istimewa’.
Hubungan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri dengan Indonesia secara peribadi amatlah terjalin erat. Kami percaya, banyak perkara besar melibatkan pertelingkahan boleh selesai hanya dengan hubungan baik dan kepercayaan yang terbina. Jika dahulu Buya Hamka bukan sahaja dimiliki oleh Indonesia malah Malaysia dan Nusantara. Saya bukan pengkagum atau feudalis tegar DSAI ini berani katakan, DSAI bukan sahaja milik Malaysia malah mendapat tempat istimewa di hati Indonesia dan Nusantara.
* Muhamad Hanapi Jamaludin merupakan Pengarah Pengasas Benevolent Malaysia.
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Muhamad Hanapi Jamaludin
Mon Jan 16 2023

Kunjungan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibarhim bertemu Presiden Indonesia, Bapak Jokowi melanjutkan adat atau tradisi yang telah berakar lama. - Foto Astro AWANI/Shafizan Johari

Lawatan ke China bawa pulangan besar kepada negara - PM
Malaysia dan China bersetuju untuk memantapkan dan membawa hubungan dua hala kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak menghalang mana-mana pihak termasuk ahli politik, sama ada daripada pihak kerajaan ataupun pembangkang untuk mengadakan program atau diundang menyertai program, yang diadakan di kawasan sekolah.

Syarikat china gaji rakyat Malaysia, beri latihan
Syarikat China yang menjalankan projek di Malaysia akan memberikan keutamaan kepada pekerja tempatan dan memberikan latihan kepada mereka.

Malaysia dan China permudah kemasukan pelancong
Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan untuk menambah frekuensi penerbangan ke atau dari China.

Liga Super: Reis selamatkan maruah Kedah di Kuantan
Jonathan Reis menyelamatkan Kedah Darul Aman FC daripada pulang tanpa sebarang mata selepas mengikat Sri Pahang FC, 1-1.

CSM sasar kutipan dana RM1.3 juta untuk Misi Ramadan ke-10 ke Syria dan Turkiye
CSM mensasarkan kutipan dana sebanyak RM1.3 juta bagi Misi Ramadan ke-10 CSM ke bumi Syria dan Turkiye.

11 terbunuh rempuhan di pusat agihan makanan
Suasana pilu menyelebungi pengebumian seorang remaja lelaki 14 tahun yang terbunuh dalam rempuhan di pusat agihan makanan dan wang tunai.

"Belajar banyak perkara baharu lepas kahwin" - Neelofa
Doa orang ramai juga banyak mengiringi perjalanan Neelofa dan suami dalam mengendali bahtera perkahwinan.

Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit.

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

Kunjungan Mohamad Hasan ke Indonesia pertingkat kerjasama pertahanan
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hassan menemui rakan sejawatnya dari Indonesia Prabowo Subianto di kompleks bangunan Kementerian Pertahanan, Jakarta pada Selasa.

Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama dua hala dalam bidang sekuriti makanan, pertanian
Malaysia dan Indonesia akan memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang sekuriti makanan menerusi perdagangan agromakanan serta kerjasama teknikal pertanian bagi menjamin sumber makanan yang mampan da

Misi Malaysia-Indonesia ke Kesatuan Eropah dilaksanakan pada Mei - TPM Fadillah
Misi Malaysia bersama Indonesia ke Kesatuan Eropah (EU) untuk menangani sekatan blok itu terhadap kemasukan pelbagai produk komoditi akan dilaksanakan pada Mei depan.

Malaysia, Indonesia akan bincang hasrat penetapan harga sawit - Fadillah
Malaysia dan Indonesia juga akan bincang isu sekatan dan halangan perdagangan terhadap produk sawit oleh Kesatuan Eropah.

Tekad baharu hubungan istimewa Malaysia-Indonesia
Kenaikan seorang Perdana Menteri di Malaysia, negara pertama yang akan dilawatinya adalah Indonesia.

Perlu strategi serampang dua mata tangani kebergantungan terhadap pekerja asing - Penganalisis
Penganalisis politik, ekonomi dan hubungan antarabangsa, Herizal Hazri, berkata pekerja migran perlu dilindungi sewajarnya. Dalam masa yang sama, kebergantungan perlu dikurangkan secara berperingkat.

Retno harap MoU sempadan laut dan darat Malaysia-Indonesia dimuktamadkan tahun depan
Retno juga mencadangkan Majlis Perniagaan Indonesia-Malaysia digiatkan semula.

Indonesia sediakan strategi ekonomi buat pelabur Malaysia
Rancangan Pembangunan Jangka Sederhana 2020-2024, republik itu telah menetapkan strategi pemulihan ekonomi selepas pandemik iaitu melalui pelaburan industri, perdagangan serta beberapa sektor lain.

Presiden Jokowi, tokoh politik Indonesia ucap tahniah kepada Anwar
Jokowi mendoakan agar Perdana Menteri diberikan kekuatan dan kemudahan dalam memimpin Malaysia.

Laluan baharu hubungkan Malaysia-Indonesia belum jadi prioriti - Laporan
Kerajaan Indonesia belum memberikan prioriti terhadap laluan baharu menghubungkan negara ini dengan Malaysia melalui Selat Melaka.