awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teknologi 5G: MoF tidak bincang dengan KKMM ketika lantik DNB - Zahidi

Astro Awani
Astro Awani
09/12/2021
05:35 MYT
Teknologi 5G: MoF tidak bincang dengan KKMM ketika lantik DNB - Zahidi
Zahidiberkata, kementeriannya ada mempersoalkan pelantikan itu terutamanya berkaitan harga perkhidmatan itu yang akan dikenakan kepada pengguna kelak. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) tidak memanggil atau berbincang dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam pelantikan Digital Nasional Berhad (DNB) untuk melaksanakan teknologi 5G di Malaysia.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, kementeriannya kemudian mempersoalkan pelantikan itu terutamanya berkaitan harga perkhidmatan itu yang akan dikenakan kepada pengguna kelak.
“Bila beri spektrum kepada DNB dan DNB jual pula kepada telco (syarikat telekomunikasi), bermakna dua kali peningkatan tetapi DNB beri jaminan harganya lebih murah daripada sekarang.
“Sekarang pun bila telekomunikasi, caj kita lebih murah tetapi mereka nak bagi murah lagi. Itu jaminan DNB kepada kita. Maknanya DNB ambil spektrum, jual kepada telco tapi boleh bagi harga lagi murah.
“Jadi ini satu benda yang cukup ajaib. Kita terimalah kan,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis ketika menjawab soalan tambahan daripada Syed Ibrahim Syed Noh (PH - Ledang) yang membangkitkan isu tersebut.
BACA: Caj 5G dijangka lebih murah berbanding 4G - Tengku Zafrul
Zahidi kemudian menyatakan pihaknya sudah berkomunikasi dengan DNB dan mencadangkan supaya syarikat itu bekerjasama dengan pemain industri terdahulu yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang tersebut.
Fahmi Fadzil (PH - Lembah Pantai) kemudian mencelah, bertanya bagaimana DNB boleh mendapat spektrum tersebut walaupun tidak mempunyai apa-apa ketika ditubuhkan.
“Itu kena tanya Menteri Kewanganlah. Macam contoh tadi ada tanya pasal pelaburan, kita tak buat pelaburan, ini kerja MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri).
“Kerja kita telekomunikasi tapi MoF nak buat kerja telekomunikasi, kita bagilah dia (MOF) buat,” ujarnya.
Teknologi 5G: MOF tidak bincang dengan KKMM ketika lantik DNB
Topic Berkaitan
#DNB
#spektrum 5G
#KKMM
#telekomunikasi
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan