[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
GADGETS

Teknologi bateri CATL beri jarak perjalanan 520 km selepas dicas 5 minit

Amanz 26/04/2025 | 06:00 MYT
CATL melancarkan teknologi bateri Shenxing Superfast Charging generasi kedua yang memberikan jarak perjalanan sehingga 520 km selepas dicas selama 5 minit. -Amanz
SELAIN melancarkan bateri ion natrium komersial pertama dunia, CATL juga mengumumkan teknologi bateri baharu yang membolehkan ia memberikan jarak perjalanan sehingga 520 km selepas dicas selama 5 minit sahaja.

Ringkasan AI
  • CATL melancarkan teknologi bateri Shenxing Superfast Charging generasi kedua yang memberikan jarak perjalanan sehingga 520 km selepas dicas selama 5 minit.
  • Teknologi pengecasan 12C membolehkan jarak perjalanan 2.5 km ditambah setiap saat bateri dicas, memintas teknologi Super e-Platform BYD.
  • CATL membekalkan bateri kepada pelbagai syarikat besar termasuk Tesla, BMW, Volkswagen, Ford, Hyundai, Honda, Toyota, Geely, dan NIO.

Teknologi Shenxing Superfast Charging Battery generasi kedua ini turut adalah bateri LFP pertama dengan kemampuan jarak perjalanan 800km dan menyokong pengecasan 12C.
Untuk mencapai tahap pengecasan yang amat pantas ini, teknologi pengecasan baharu dengan kuasa 1.3 MW diperlukan.
Sebagai perbandingan kuasa pengecasan tertinggi di Malaysia ketika ini ialah 400kW yang ditawarkan oleh DC Handal.
Pengecasan 12C ini membolehkan sehingga jarak perjalanan 2.5 km ditambah setiap saat bateri dicas. Ini akan merealisasikan impian bateri EV dicas sama pantas seperti mengisi satu tangki kereta petrol.
Dengan ini CATL berjaya memintas teknologi Super e-Platform BYD yang menawarkan jarak perjalanan 400 km dalam masa 5 minit dengan kuasa pengecasan 1MW.
Teknologi BYD telahpun digunakan pada BYD Han L dan Tang L.
Masih tidak diketahui syarikat manakah bakal menggunakan bateri Shenxing 2.0 ini tetapi CATL membekalkan bateri kepada Tesla, BMW, Volkswagen, Ford, Hyundai, Honda, Toyota, Geely, NIO, dan. banyak lagi. -Amanz
#CATL #Shenxing Superfast Charging #520 km selepas dicas 5 minit #Teknologi pengecasan 12C