DREBAR
Teknologi pun ada kekurangannya


Seorang juruteknik di bengkel, sebagai contoh boleh membuat analisa mengenai peralatan kereta yang mungkin menghampiri, atau sudahpun, kerosakan.
Namun, ia juga membolehkan seorang penjenayah untuk membuat salinan kunci ataupun kod yang membolehkan kereta dihidupkan. Ini lebih mungkin dengan pelbagai kenderaan sekarang yang dilengkapi ciri ‘push-start’, di mana enjin dapat dihidupkan tanpa menggunakan kunci.

Antara cara yang digunakan untuk memasuki kereta adalah memecahkan cermin, ataupun dengan alat yang dapat menggangu isyarat daripada kunci kawalan jauh. Apabila pengguna menggunakan kaedah manual untuk mengunci, dapatlah penjenayah memasuki kenderaan mangsa dengan lebih mudah. (Kaedah ini sudah lama digunakan sindiket di Malaysia berdasarkan laporan akhbar ini)
Proses untuk memecah masuk kereta, mencapai slot OBD dan mendapatkan kunci pendua/menghidupkan enjin kereta hanya boleh mengambil masa hanya beberapa saat ataupun tidak lebih 5 minit.
Tips untuk menyukarkan kereta anda daripada dicuri:

- Seboleh mungkin, letakkan kereta anda di kawasan terbuka yang terang dan dilalui orang awam.
- Sentiasa pastikan semua tingkap – termasuk sunroof dan boot – terkunci dengan kemas, walaupun anda meninggalkan kereta anda sebentar sahaja.
- Pasangkan alat ‘immobiliser’.
- Gunakan kunci tambahan untuk stereng/gear.
- Pasangkan pengesan GPS.
- Pastikan peralatan tambahan seperti pengesan GPS ataupun ‘immobliser’ mendapat pengesahan daripada ‘Thatcham’. ‘Thatcham Research’ adalah pusat penyelidikan bagi industri insurans bagi kenderaan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami