DREBAR

Teknologi pun ada kekurangannya

Astro Publication 09/02/2015 | 10:17 MYT
Mengikut jabatan Polis Metropolitan London, lebih daripada 14,000 kereta dicuri di kota London pada tahun 2014, ataupun lebih kurang 17 kecurian setiap hari. Kes-kes ini bukan melalui cara konvensional, tetapi melibatkan penggodam yang menggunakan slot OBD (on-board diagnostic) yang selalunya terletak di bawah stereng kereta. Capaian ke OBD ini, apabila disambung kepada perisian yang boleh dibeli melalui internet, membolehkan pelbagai maklumat kereta dilihat/diolah/ditiru.
Seorang juruteknik di bengkel, sebagai contoh boleh membuat analisa mengenai peralatan kereta yang mungkin menghampiri, atau sudahpun, kerosakan.
Namun, ia juga membolehkan seorang penjenayah untuk membuat salinan kunci ataupun kod yang membolehkan kereta dihidupkan. Ini lebih mungkin dengan pelbagai kenderaan sekarang yang dilengkapi ciri ‘push-start’, di mana enjin dapat dihidupkan tanpa menggunakan kunci.
Antara cara yang digunakan untuk memasuki kereta adalah memecahkan cermin, ataupun dengan alat yang dapat menggangu isyarat daripada kunci kawalan jauh. Apabila pengguna menggunakan kaedah manual untuk mengunci, dapatlah penjenayah memasuki kenderaan mangsa dengan lebih mudah. (Kaedah ini sudah lama digunakan sindiket di Malaysia berdasarkan laporan akhbar ini)
Proses untuk memecah masuk kereta, mencapai slot OBD dan mendapatkan kunci pendua/menghidupkan enjin kereta hanya boleh mengambil masa hanya beberapa saat ataupun tidak lebih 5 minit.
Tips untuk menyukarkan kereta anda daripada dicuri:
Kami tidak pasti sama ada pengunci slot OBD seperti ini ada dijual di Malaysia, tetapi jika tidak, ia pasti boleh diimport.
# keselamatan # OBD #Thatcham