awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teknologi rawatan HIV kini bantu pesakit hidup normal - MAC

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
01/12/2023
10:10 MYT
Teknologi rawatan HIV kini bantu pesakit hidup normal - MAC
Dinesh berkata ketika ini ada teknologi rawatan yang hanya memerlukan PLHIV mengambil suntikan seminggu sekali. - foto/REUTERS
KUALA LUMPUR: Teknologi rawatan HIV ketika ini telah menyaksikan kemajuan yang sangat baik dalam usaha membantu penghidap HIV atau PLHIV (orang yang hidup dengan HIV) menjadi lebih sihat.
Exco Majlis AIDS Malaysia (MAC), Dr. Dinesh Mahalingam berkata, ketika ini ada teknologi rawatan yang hanya memerlukan PLHIV mengambil suntikan seminggu sekali berbanding makan ubat oral setiap hari.
"Sekarang kita masih gunakan ubat makan setiap hari untuk kurangkan beban virus dalam badan sehingga tahap tidak boleh dikesan. Tetapi kemajuan dalam rawatan HIV sudah ada dalam bentuk suntikan mingguan dan bulanan.
"Namun, teknologi itu belum sampai ke Malaysia. Ia masih diperingkat kajian di banyak negara dan kita lihat keberkesanannya agak bagus," katanya dalam temu bual Pantau Agenda Reformasi terbitan Astro AWANI.
Tambahnya, bagi memastikan PLHIV dapat meneruskan kehidupan dan rawatan dengan berkesan, sokongan dan kefahaman keluarga mengenai HIV serta rawatan berkaitan adalah sangat penting.
Dinesh turut memaklumkan, peluang PLHIV untuk hidup normal juga lebih cerah sekiranya individu terbabit menjalani rawatan tanpa cuai.
Sekiranya beban virus HIV boleh dikurangkan sehingga tahap tidak boleh dikesan dan tidak lagi mampu merebak, kumpulan ini juga boleh berkahwin dan membina keluarga.
"Kita ada konsep 'U=U' iaitu daripada tidak dikesan (undetectable) kepada tidak merebak (untransmittable). Apabila seseorang mengambil ubat HIV dengan betul tanpa cuai, ia dapat turunkan beban virus dalam badan mereka.
"Akhirnya virus itu tidak boleh dikesan dan dapat bantu mereka hidup seperti biasa sehingga tidak lagi merebak kepada individu lain; pasangan, ibu kepada anak dan sebagainya," ujarnya.
Topic Berkaitan
#HIV
#rawatan HIV
#PLHIV
#Hari AIDS Sedunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan