NATIONAL

Tekong, kru bot karam di Sabah ditahan untuk siasatan

Astro Awani 30/01/2017 | 06:31 MYT
RAMLI: Kedua-dua individu itu ditahan mengikut seksyen 304A Kanun Keseksaan. - Bernama
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din mengesahkan seorang tekong dan kru bot Catamaran yang karam di perairan Sabah ditahan untuk siasatan.

Menurut Ramli melalui posting di Twitternya, kedua-dua individu itu ditahan mengikut seksyen 304A Kanun Keseksaan atas kesalahan cuai sehingga menyebabkan kematian.

Bot itu yang membawa 31 orang - tiga kru dan 28 pelancong warga China - dipercayai karam akibat cuaca buruk dan laut bergelora.

Nahas berlaku kira-kira sejam selepas bot itu bertolak dari Jeti Tanjung Aru pukul 9 pagi Sabtu menuju ke Pulau Mengalum, kira-kira 56 km ke barat laut Kota Kinabalu.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

LAPOR LANGSUNG: Tragedi bot karam di perairan Sabah
#bot Catamaran karam #kru bot #Pelancong China #Ramli Din #tekong