MALAYSIA
Teksi air Pulau Pinang belum dapat direalisasikan - Loke
Loke (foto) sebarang perkhidmatan pengangkutan laut perlu melalui proses permohonan dan kelulusan ketat melibatkan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Laut Malaysia. -Foto Bernama
GEORGE TOWN: Cadangan memperkenalkan perkhidmatan teksi air di Pulau Pinang belum dapat direalisasikan kerana aspek teknikal dan keselamatan yang perlu diselesaikan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Beliau berkata walaupun terdapat minat pihak swasta sebelum ini, sebarang perkhidmatan pengangkutan laut perlu melalui proses permohonan dan kelulusan ketat melibatkan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Laut Malaysia.
"Apa sahaja mod pengangkutan, terutamanya yang melibatkan laut mesti mengambil kira aspek keselamatan (iaitu) pertama beberapa jabatan khusus seperti Jabatan Laut dan kedua perlu mendapat kelulusan teknikal Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) kalau memasuki perairan di bawahnya.
"Perkhidmatan teksi air bukan sahaja melibatkan bot tetapi juga jeti (jadi) mesti ada lokasi pendaratan yang di bawah bidang kuasa Jabatan Laut yang mengawal selia aspek keselamatan dengan kerjasama kerajaan negeri kerana melibatkan isu tanah dan sebagainya," katanya.
Loke berkata demikian pada sidang media Majlis Tinjauan Operasi Bas Diesel Rapid Penang di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan mengalu-alukan sebarang inisiatif daripada pihak swasta untuk melabur dan memulakan perkhidmatan teksi air di Pulau Pinang dengan syarat semua keperluan pelesenan dan keselamatan dipatuhi sepenuhnya.
Sebelum ini, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bersetuju membatalkan Permohonan Cadangan (RFP) teksi air berikutan pihak syarikat gagal mematuhi Surat Niat untuk mendapatkan semua kelulusan daripada MOT.
Dalam perkembangan lain, Loke mengarahkan kontraktor Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara melaksanakan pelan mitigasi trafik secara berterusan bagi mengurangkan kesan kesesakan jalan raya susulan kerja pembinaan yang semakin rancak tahun ini.
Beliau berkata pelan mitigasi itu perlu dilaksanakan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri bagi memastikan kelancaran aliran trafik, khususnya di kawasan tumpuan serta laluan utama.
"Kita tahu proses pembinaan LRT Pulau Pinang telah bermula dan banyak jentera telah masuk ke tapak pembinaan yang akan bertambah dengan lebih banyak.
"Saya mohon orang ramai sentiasa bersabar kerana sudah tentu apa-apa proses pembinaan projek besar akan menyebabkan jalan lebih sempit, sekali gus menyebabkan kesesakan yang mungkin lebih serius daripada sebelum ini," katanya.
LRT Laluan Mutiara yang melibatkan pembinaan laluan sepanjang 29.5 kilometer dengan 21 stesen strategik direka untuk meningkatkan keterhubungan antara Pulau Pinang dan tanah besar sekali gus mengurangkan kesesakan jalan raya serta menambah baik ketercapaian.
Pelan jajaran utama merangkumi laluan dari Pulau Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR-A) ke Penang Sentral dan Stesen Komtar di sini dengan perkhidmatan tren dijadualkan bergerak secara bergilir.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Cadangan memperkenalkan perkhidmatan teksi air di Pulau Pinang belum dapat direalisasikan kerana aspek teknikal dan keselamatan yang perlu diselesaikan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
- Beliau menyatakan bahawa sebarang perkhidmatan pengangkutan laut perlu melalui proses permohonan dan kelulusan ketat melibatkan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Laut Malaysia.
- Kerajaan mengalu-alukan inisiatif pihak swasta untuk melabur dan memulakan perkhidmatan teksi air di Pulau Pinang dengan syarat semua keperluan pelesenan dan keselamatan dipatuhi sepenuhnya.
Beliau berkata walaupun terdapat minat pihak swasta sebelum ini, sebarang perkhidmatan pengangkutan laut perlu melalui proses permohonan dan kelulusan ketat melibatkan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Laut Malaysia.
"Apa sahaja mod pengangkutan, terutamanya yang melibatkan laut mesti mengambil kira aspek keselamatan (iaitu) pertama beberapa jabatan khusus seperti Jabatan Laut dan kedua perlu mendapat kelulusan teknikal Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) kalau memasuki perairan di bawahnya.
"Perkhidmatan teksi air bukan sahaja melibatkan bot tetapi juga jeti (jadi) mesti ada lokasi pendaratan yang di bawah bidang kuasa Jabatan Laut yang mengawal selia aspek keselamatan dengan kerjasama kerajaan negeri kerana melibatkan isu tanah dan sebagainya," katanya.
Loke berkata demikian pada sidang media Majlis Tinjauan Operasi Bas Diesel Rapid Penang di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan mengalu-alukan sebarang inisiatif daripada pihak swasta untuk melabur dan memulakan perkhidmatan teksi air di Pulau Pinang dengan syarat semua keperluan pelesenan dan keselamatan dipatuhi sepenuhnya.
Sebelum ini, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bersetuju membatalkan Permohonan Cadangan (RFP) teksi air berikutan pihak syarikat gagal mematuhi Surat Niat untuk mendapatkan semua kelulusan daripada MOT.
Dalam perkembangan lain, Loke mengarahkan kontraktor Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara melaksanakan pelan mitigasi trafik secara berterusan bagi mengurangkan kesan kesesakan jalan raya susulan kerja pembinaan yang semakin rancak tahun ini.
Beliau berkata pelan mitigasi itu perlu dilaksanakan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri bagi memastikan kelancaran aliran trafik, khususnya di kawasan tumpuan serta laluan utama.
"Kita tahu proses pembinaan LRT Pulau Pinang telah bermula dan banyak jentera telah masuk ke tapak pembinaan yang akan bertambah dengan lebih banyak.
"Saya mohon orang ramai sentiasa bersabar kerana sudah tentu apa-apa proses pembinaan projek besar akan menyebabkan jalan lebih sempit, sekali gus menyebabkan kesesakan yang mungkin lebih serius daripada sebelum ini," katanya.
LRT Laluan Mutiara yang melibatkan pembinaan laluan sepanjang 29.5 kilometer dengan 21 stesen strategik direka untuk meningkatkan keterhubungan antara Pulau Pinang dan tanah besar sekali gus mengurangkan kesesakan jalan raya serta menambah baik ketercapaian.
Pelan jajaran utama merangkumi laluan dari Pulau Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR-A) ke Penang Sentral dan Stesen Komtar di sini dengan perkhidmatan tren dijadualkan bergerak secara bergilir.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Mengapa cadangan memperkenalkan perkhidmatan teksi air di Pulau Pinang masih belum direalisasikan?
A: Belum direalisasikan disebabkan aspek teknikal dan keselamatan yang perlu diselesaikan, termasuk proses permohonan dan kelulusan ketat dari Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Laut Malaysia. - Q: Apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pihak swasta yang berminat untuk melabur dalam perkhidmatan teksi air di Pulau Pinang?
A: Pihak swasta perlu mematuhi semua keperluan pelesenan dan keselamatan sepenuhnya sebelum memulakan perkhidmatan teksi air di Pulau Pinang. - Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, bagi mengurangkan kesan kesesakan jalan raya susulan kerja pembinaan LRT Laluan Mutiara?
A: Beliau mengarahkan kontraktor Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara melaksanakan pelan mitigasi trafik secara berterusan bagi mengurangkan kesan kesesakan jalan raya. - Q: Apa fungsi penting lokasi pendaratan bagi perkhidmatan teksi air di Pulau Pinang?
A: Lokasi pendaratan perkhidmatan teksi air di Pulau Pinang mesti berada di bawah bidang kuasa Jabatan Laut yang mengawal selia aspek keselamatan dengan kerjasama kerajaan negeri. - Q: Apa tujuan utama pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang?
A: LRT Laluan Mutiara direka untuk meningkatkan keterhubungan antara Pulau Pinang dan tanah besar, mengurangkan kesesakan jalan raya, serta menambah baik ketercapaian dengan pelan jajaran utama merangkumi laluan dari Pulau Tambakan Selatan Pulau Pinang ke Penang Sentral dan Stesen Komtar.