Skip to main content

Malaysia

‘Teksi terbang’ lima tempat duduk diperkenal di Malaysia

Amirudin (tiga, kiri) bersama Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han, meninjau kabin pesawat elektrik lima tempat duduk E20. -Gambar Sidec
Amirudin (tiga, kiri) bersama Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han, meninjau kabin pesawat elektrik lima tempat duduk E20. -Gambar Sidec

Advertisement

Ringkasan AI

  • Pesawat elektrik lima tempat duduk E20 keluaran TCab Tech dipamerkan buat pertama kali di Malaysia melalui pameran di IOI City Mall.
  • Sidec dan TCab Tech menandatangani MoU untuk meneroka pengkomersialan E20 serta pembangunan ekosistem ekonomi altitud rendah di Malaysia.
  • E20 kini dalam proses pensijilan di China, sementara Malaysia membangunkan kerangka strategik untuk sektor ekonomi altitud rendah.

PUTRAJAYA: Pesawat elektrik lima tempat duduk E20 keluaran TCab Tech, yang dikenali sebagai ‘teksi terbang’, dipamerkan buat pertama kali kepada orang ramai di Malaysia menerusi pameran di IOI City Mall.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec), Yong Kai Ping berkata pengenalan teknologi itu perlu disokong dengan bakat, rakan industri dan ekosistem yang bersedia untuk penggunaan sebenar.

Pembukaan pameran tersebut turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Sidec dengan TCab Tech bagi meneroka pengkomersialan E20 di Malaysia serta pembangunan ekosistem ekonomi altitud rendah (LAE).

“Kami mahu Selangor bersedia dengan bakat, rakan kerjasama dan ekosistem yang diperlukan apabila teknologi ini beralih daripada peringkat reka bentuk kepada penggunaan sebenar.

“Melalui MoU ini, kami akan membantu menghubungkan TCab Tech dengan rakan kerjasama dan pihak berkepentingan yang sesuai ketika syarikat itu meneroka peluang di Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Majlis pertukaran dokumen MoU disaksikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bersama Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han.

Sebagai sebahagian daripada strategi pengembangannya di Asia Tenggara, TCab Tech turut merancang menubuhkan pusat perniagaan serantau di Selangor bagi menyokong pembangunan komersial, kerjasama tempatan dan peluasan pasaran.

Di bawah MoU berkenaan, TCab Tech akan menyumbangkan kepakaran dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan pesawat, manakala Sidec memanfaatkan rangkaian industrinya untuk memudahkan hubungan syarikat itu dengan agensi serta rakan tempatan.

Image
SIDEC E20 INSERT
Pameran Malaysian Engineers, Global Impact: TCab Tech E20 eVTOL Showcase anjuran bersama Sidec, TCab Tech dan IOI City Mall berlangsung dari 9 Oktober hingga 9 November 2026 di Symphony East 3, IOI City Mall, Putrajaya. - Gambar Sidec

E20 merupakan pesawat elektrik berlepas dan mendarat secara menegak (eVTOL), dengan konfigurasi lima tempat duduk yang merangkumi seorang juruterbang dan empat penumpang, menurut spesifikasi rasmi pengeluarnya.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif TCab Tech, Ng Yon Wui berkata Malaysia mempunyai asas industri serta potensi pasaran yang sesuai untuk menyokong penggunaan eVTOL.

“Ekonomi altitud rendah tidak berkembang melalui teknologi pesawat semata-mata.

“Ia memerlukan pensijilan, peraturan, infrastruktur, keupayaan industri dan penggunaan sebenar yang saling melengkapi,” katanya.

Menurutnya, kekuatan Malaysia dalam industri aeroangkasa, kejuruteraan dan tenaga mahir penerbangan menjadi antara faktor yang menyokong penerokaan pasaran tersebut.

“Malaysia sudah mempunyai kekuatan dalam pembuatan aeroangkasa, penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih pesawat, kejuruteraan serta tenaga mahir penerbangan,” katanya.

Beliau turut menyifatkan keadaan geografi Malaysia, sektor pelancongan dan permintaan terhadap hubungan pengangkutan serantau sebagai faktor yang sesuai untuk penggunaan teknologi itu.

Image
SIDEC E20 INSERT
Ketua Pegawai Eksekutif Sidec, Yong Kai Ping (kiri), dan Pengasas serta Ketua Pegawai Eksekutif TCab Tech, Ng Yon Wui (kanan), mempamerkan dokumen MoU bagi meneroka pengkomersialan E20 di Malaysia. - Gambar Sidec

TCab Tech akan meneroka penggunaan E20 bagi pelancongan, perjalanan antara bandar dan mobiliti dalam bandar, termasuk menghubungkan hab pengangkutan dengan destinasi pelancongan serta perjalanan jarak dekat antara bandar berdekatan.

E20 kini sedang melalui proses pensijilan jenis dengan Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC), sementara syarikat itu menyediakan keperluan bagi kemasukan ke pasaran luar negara, termasuk Malaysia.

Di Malaysia, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut membangunkan cadangan Kerangka Ekonomi Altitud Rendah Malaysia yang merangkumi hala tuju strategik dan pelan pelaksanaan sektor berkenaan.

Kerjasama itu turut menyaksikan pelantikan Ng sebagai Penasihat Industri Sidec bagi berkongsi pandangan mengenai pembangunan sektor berteknologi tinggi di Selangor, termasuk aeroangkasa, mobiliti udara termaju dan teknologi autonomi.

Pameran Malaysian Engineers, Global Impact: TCab Tech E20 eVTOL Showcase anjuran bersama Sidec, TCab Tech dan IOI City Mall berlangsung dari 9 Oktober hingga 9 November 2026 di Symphony East 3, IOI City Mall, Putrajaya.

Orang ramai boleh mengunjungi pameran itu secara percuma dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah E20 dan siapakah pengeluar pesawat ini? 
    A: E20 ialah pesawat elektrik lima tempat duduk berlepas dan mendarat secara menegak (eVTOL) yang dikeluarkan oleh TCab Tech.
  • Q: Apakah tujuan memorandum persefahaman (MoU) antara Sidec dan TCab Tech? 
    A: MoU bertujuan meneroka pengkomersialan E20 di Malaysia serta pembangunan ekosistem ekonomi altitud rendah (LAE).
  • Q: Apakah peranan Sidec dan TCab Tech di bawah MoU yang ditandatangani? 
    A: TCab Tech akan menyumbang kepakaran dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan pesawat, manakala Sidec memanfaatkan rangkaian industrinya untuk memudahkan hubungan syarikat itu dengan agensi serta rakan tempatan.
  • Q: Apakah kelebihan Malaysia dalam menyokong penggunaan teknologi eVTOL seperti E20? 
    A: Malaysia mempunyai kekuatan dalam industri aeroangkasa, kejuruteraan, tenaga mahir penerbangan, serta keadaan geografi dan sektor pelancongan yang sesuai untuk penggunaan teknologi ini.
  • Q: Bilakah dan di mana pameran E20 diadakan serta adakah ia terbuka kepada orang ramai? 
    A: Pameran E20 berlangsung dari 9 Oktober hingga 9 November 2026 di Symphony East 3, IOI City Mall, Putrajaya dan boleh dikunjungi secara percuma dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Product Recommendation Section Title

adidas Bunga Unisex Adicolor Backpack Bag (IJ0761) Sport Planet 22-20

adidas Bunga Unisex Adicolor Backpack Bag (IJ0761) Sport Planet 22-20

HER Half Moon 3L Bag in Lux Army by PUMA, One Size

HER Half Moon 3L Bag in Lux Army by PUMA, One Size

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

Men's Bag RDN MJP 069 Distro Raindoz Bandung Backpack Cool Men's Backpack Sek BRAN NB-Tp BJ

Men's Bag RDN MJP 069 Distro Raindoz Bandung Backpack Cool Men's Backpack Sek BRAN NB-Tp BJ

Must Watch Video

Advertisement