awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Telefon saya diintip, SB pantau pergerakan saya," dakwa TMJ

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
11/05/2016
11:55 MYT
"Telefon saya diintip, SB pantau pergerakan saya," dakwa TMJ
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini mendakwa bahawa telefon baginda "dicuri dengar" serta pergerakannya sedang "dipantau" oleh pasukan Special Branch.
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini mendakwa bahawa telefon baginda "dicuri dengar" serta pergerakannya sedang "dipantau" oleh pasukan Special Branch.
Kenyataan berkenaan isu itu dibuat oleh Tunku Ismail dalam satu temu bual mengenai pusingan akhir Piala FA menerusi laman Facebook rasminya, Johor Southern Tigers.
Apabila bertanya jika ada sebarang mesej untuk disampaikan pada penghujung temu bual, Tunku Ismail kemudian mendedahkan isu telefon baginda sedang dipantau.
Tunku Ismail ataupun lebih mesra dipanggil sebagai TMJ berkata baginda tidak faham mengapa pihak berkuasa mengambil tindakan tersebut terhadap dirinya dan ayahandanya, Sultan Johor, Sultan Ismail Almarhum Sultan Iskandar.
“Saya tidak faham mengapa telefon saya dicuri dengar. Saya tidak faham mengapa pergerakan saya dipantau oleh Special Branch.
“Saya tidak faham mengapa mereka perlukan fail mengenai saya dan ayahanda saya di Bukit Aman,” jawab TMJ kepada seorang wartawan seperti dipetik dari kenyataan tersebut.
TMJ juga berkata, pihak tertentu tidak ada keperluan untuk mengambil tindakan sebegitu kerana baginda tidak berbahaya kepada negara.
“Saya hanyalah seorang yang prihatin terhadap rakyat saya. Saya bukannya pengganas. Saya tidak merbahaya. Saya tidak pernah membunuh sesiapa kecuali membunuh bola sepak Malaysia,” tambah TMJ.
Topic Berkaitan
#Facebook
#Johor
#Sultan Ismail
#TMJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan