NATIONAL

Telegram peribadi digodam, abai mesej diterima - PM

Bernama 08/08/2022 | 09:57 MYT
Akaun Telegram peribadi milik Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Akaun Telegram peribadi milik Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.
Ismail Sabri yang memaklumkan perkara itu menerusi ciapan di Twitter turut meminta orang ramai untuk mengabaikan mesej daripada akaun berkenaan.
"Mohon laporkan kepada pihak berkuasa dan abaikan sebarang mesej yang diterima daripada akaun berkenaan," menurut ciapan itu. - BERNAMA
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Telegram PM #Telegram PM digodam #Perdana Menteri #ismail sabri yaakob