awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Telur di pasaran selamat untuk dimakan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
15/03/2021
10:51 MYT
Telur di pasaran selamat untuk dimakan
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan beri jaminan telur yang dijual selamat dimakan kerana penemuan bakteria Salmonella Enteritidis oleh pihak berkuasa Singapura hanya membabitkan satu ladang. - Gambar hiasan
JITRA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memberi jaminan telur yang dijual dalam pasaran tempatan selamat dimakan kerana penemuan bakteria Salmonella Enteritidis (SE) oleh pihak berkuasa Singapura hanya membabitkan satu ladang.
Jaminan itu diberikan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee yang memaklumkan pihak berkepentingan akan mendapatkan laporan penuh daripada Agensi Makanan Singapura (SFA) yang mengarahkan telur dikeluarkan di Lay Hong Berhad Layer Farm di Jeram, Selangor, ditarik balik dari negara itu.
Katanya, siasatan lanjut itu bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin.
“Daripada maklumat awal, ia hanyalah aduan kepada satu ladang sahaja. Bagaimanapun, saya akan dapatkan maklumat tambahan sekembali nanti,” kata Ronald kepada pemberita pada Isnin.
Terdahulu beliau menghadiri Program Penyerahan Bantuan Banjir Tabung Bencana Tanaman Padi Bulan September dan Oktober 2020 di sini.
Ronald berkata, kementerian juga akan mengeluarkan kenyataan lengkap berkaitan kejadian berkenaan secepat mungkin bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada orang ramai.
Semalam, SFA mengarahkan empat pengimport untuk menarik balik dari pasaran telur yang dihasilkan di Lay Hong Berhad Layer Farm, sebagai langkah berjaga-jaga.
Kenyataan yang dikeluarkan di laman sesawang SFA menyatakan arahan itu dibuat berikutan penemuan bakteria Salmonella Enteritidis (SE) pada produk berkenaan yang boleh menyebabkan penyakit disebabkan makanan, jika ia dimakan secara mentah atau separuh masak.
BACA: DVS ambil tindakan susulan kes penarikan balik telur dari pasaran Singapura
Topic Berkaitan
#telur
#pasaran tempatan
#selamat dimakan
#Bakteria
#Salmonella Enteritidis
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan